Koleksi Rintihan Pimpinan UMNO Yang Terkena Serangan Deman Kuning

Termenung saya memerhatikan telatah dan gelagat pemimpin-pemimpin UMNO berhubung Perhimpunan 100,000 rakyat pada 11 November lepas. Cuba kita teliti ucapan dan komen mereka. Selepas itu anda boleh buat pertimbangan dan kesimpulan sendiri berhubung "mental status" mereka-mereka ini.

Pak Lah berkata,

"Protes jalanan Sabtu lepas anjuran pembangkang adalah cubaan untuk mengheret Raja-Raja ke dalam kancah politik. Penghantaran memorandum kepada Yang di Pertuan Agong adalah usaha pembangkang untuk memerangkap baginda. Saya yakin Agong adalah matang. Baginda sangat faham dan tidak akan terperangkap di dalam politik pembangkang….."
(Saudara ingat Agong tu sapa? Tunggul kayu ke yang boleh ditipu atau dipermain-mainkan. BERSIH telah menemui SPR, menulis memo dan meminta pihak kerajaan berbuat sesuatu berhubung dengan ketidakadilan dan ketempangan SPR tetapi saudara dan kuncu-kuncu buat pekak aje kerana ia menguntungkan UMNO dan BN. Agong yang ada bukan Agong untuk ahli UMNO dan BN saja tetapi untuk seluruh rakyat. Jadi apa salah kami pi mengadu kat  dia?)
 

Najib pula memberi komen,

"….. perhimpunan sebegini tidak wajar diadakan kerana ia akan mengundang kepada pergaduhan dan huru-hara….."
(Kalau UMNO buat demonstrasi tak apa, siap bagi permit pula. Apa kami yang lain ini rakyat kelas 2 ke? Atikel 10 Perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat berhimpun cara aman. Tak aman lagi ke perhimpunan kami? Kalau polis tak sembuh air asid dan tembak gas pemedih mata, nescaya tak ada langsung insiden buruk pada hari berkenaan. Namun dunia menyaksikan bagaimana displin dan tertib peserta himpunan walaupun berkali-kali dihujani air asid dan gas. Habis majlis siap kutip sampah lagi oleh Unit Amal. Jadi di mana huru-hara atau kekacauan yang disebut-sebut oleh pemimpin UMNO?)
 

Menteri Propaganda atau "Minister of Misinformation", Zainuddin Maidin (Zam) pula berkata,

"Al-Jazeera sebenarnya telah mempunyai tanggapan awal (preconceived mind) dan tertipu dengan dakwaan kononnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut. Laporannya adalah berat sebelah dan membawa gambaran yang salah tetang Malaysia…."
(Tak habis–habis mamak tongkang ni menyerang orang lain. Wartawan Al-Jazeera sendiri berada di Mesjid Jamek pada hari berkenaan dan merasai sendiri perit gas dan air asid. Sebenarnya yang tak ada di situ ialah Zam dan tentu dia tak pernah merasa perit gas dan air asid. Jadi berat sebelah yang macamana? Sebenarnya yang berat sebelah ialah media Malaysia termasuk yang elektronik dan bercetak. Cerita tak betul, pembohong dan sesetengah tu pula langsung "news blackout". Saudara tengoklah dulu status media negara ni yang kerjanya menjilat pemimpin UMNO/BN dan memutarbelitkan berita pembangkang, baru komen tentang media asing. Lagipun nak banding RTM dengan Al-Jazeera tak payahlah, macam langit dengan bumi!)
 

Nazri Botak Aziz ketika perbahasan di dalam Parlimen menegaskan,

"Jika saya ingin mengambarkan keadaan otak pembangkang di dalam bahasa orang muda hari ini, saya boleh berkata wayar-wayar otak mereka dah terputus. Macamana Anwar boleh kata SPR tidak adil sedangkan dia belum bertanding lagi. Jangan menyeret Agong ke dalam isu perhimpunan ini kerana baginda dan rakyat bersama dengan kita. Pembangkang takut kalah di dalam pilihanraya akan datang. Jika dah tak berani jangan pula jadi pondan….."
(Wah…wah! Otak yang tak center ialah otak saudara. Bercakap melalut, merapu tak tentu arah macam orang gila. Kalau menteri kepala hotak macam ni baik lantik Pengerusi JKK kampung ganti tempat saudara lagi baik. Kalau rakyat tak sokong pembangkang, kenapa saudara takut sangat. Kalau nak mengampu tu janganlah sampai terlalu rendah ke tahap tak ada maruah. Tiap-tiap kali saudara buka mulut yang keluar hanya hampas yang jijik dan meloyakan. Bukan Anwar seorang yang nak bertanding pilihanraya, ramai lagi yang dah pernah bertanding dan memang jelas dengan bukti UMNO/BN bersekongkol dengan SPR untuk menipu. Kalau nak tengok bukti kami boleh beri dengan lengkap. Pengerusi SPR sendiri mengakui kelemahan sistem pilihanraya negara dan perlu dirombak untuk menjamin keadilan. Pemimpin UMNO macam saudara memang suka jadi penipu sebab tu dok mempertahankan sistem yang dah reput. Agong ni milik semua rakyat dan bukan hak mak bapa UMNO. Dahlah saudara dan kuncu-kuncu buat duit negara macam duit mak bapa sendiri, Agong pun saudara nak milikUMNOkan. Muka tak malu dan memang kau orang sebenarnya pondan…..)
 

Timbalan Zam, Ahmad Zahid pula berkata,

"Walaupun kami membenarkan RTM membuat liputan perhimpunan tersebut, kami lakukan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa demonstrasi adalah tidak demokratik dan boleh menjejaskan imej negara dan menjauhkan pelabur asing…."
(Pulak…Tidak demokratik? Kalau macam tu tak ada negara yang demokratik di dalam dunia sebab boleh kata semua negara membenarkan demonstrasi. Di Amerika, England, Itali, Indonesia dan banyak lagi negara, demonstrasi sentiasa di adakan secara besar-besaran membabitkan ratusan ribu rakyat. Apakah mereka ini tidak demokratik. Otak kau orang ni macam katak bawah tempurung. Elok Pak Lah sesekali bawa menteri-menterinya berjalan-jalan dengan kapalterbang supaya kayu-kayu ni dapat lihat macamana keadaan demokrasi negara orang lain. Kes rasuah yang berleluasa dan kehakiman yang boleh dibeli ini sebenarnya yang menjejaskan imej negara dan menakutkan para pelabur asing. Yang tu kenapa tak diperbetulkan?)
 

Rafidah Aziz berkata,

"Pelabur asing tidak ambil peduli tentang demonstrasi atau perarakan jalanan. Mereka tetap mahu melabur di Malaysia. Apa yang penting ialah polisi bisnes negara……Saya beri nasihat kepada rakyat supaya menyedari apa yang pembangkang sedang cuba lakukan. Ia adalah satu tindakan yang negatif….."
(Macamana pulak ni, seorang kata demonstrasi boleh menakutkan pelabur asing dan seorang lagi pula kata ia tidak memberi apa-apa kesan kepada pelabur asing? Yang mana satu betul? Rakyat memang menyedari bahawa selama ini mereka seringkali diperbodohkan oleh pimpinan UMNO. Kini mereka sudah celik dan sedar apa yang sebenarnya berlaku. Itu sebabnya mereka beramai-ramai turun ke jalan-jalan raya. Tindakan mereka ini sangat mulia kerana ingin membuat perubahan pada sistem pemerintahan UMNO/BN yang bobrok lagi korup. Jalan lain dah habis ditutup oleh UMNO…..)
 

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berkata,

"Langkah-langkah mencegah, termasuk menggunakan ISA perlu dikenakan terhadap mereka yang mengalakkan kegiatan tidak sihat dan pertempuran. Keselamatan negara adalah paling utama daripada permintaan pihak pembangkang atau undang-undang dan hak asasi manusia. Saya tidak bersedia untuk menyaksikan perpecahan masyarakat. Jika mereka terpaksa gunakan ISA, gunakanlah…."
(Ni lagi seorang pemimpin UMNO yang bangap hasil daripada sindrom "foot in the mouth disease". Cakap macam orang tak mengaji sekolah. Yang tidak selamat bukan negara ooiii tetapi UMNO. Cakap aje UMNO tak selamat dengan bangkitnya rakyat dan bukan negara. Dan negara tu sapa kalau bukan rakyatnya. Cakap berbelit-belit pasal apa? Cara saudara cakap seolah-olah boleh buat apa saja kepada rakyat asalkan UMNO selamat. Nampaknya tunggu hari aje UMNO dengan pimpinan macam ni…..)
 

Anak Bapa: Ada 2 implikasi daripada telatah dan gelagat pimpinan UMNO ini. Pertama, sudah terang lagi bersuluh betapa bercelaru pemikiran mereka dan kita minta Allah lindungi kita daripada jenis pimpinan macam ni untuk 5 tahun lagi. Kedua, ini bermakna himpunan rakyat baru-baru ini sangat berjaya kerana UMNO begitu mengelabah lantas menjadi sasau. Pendek kata kita kena buat banyak lagi program serupa. Saya cadangkan himpunan rakyat bagi menghantar memo kepada Sultan Perak di Perak pula (kerana baginda adalah jurucakap kepada Majlis Raja-Raja). Harap BERSIH boleh pertimbangkan dengan serius…..


Sumber : http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_anak_bapa02.html



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.