PEMUDA PAS KAWASAN JOHOR BAHRU MENYOKONG USAHA MEMBANTERAS SALAH LAKU KUASA

JOHOR BAHRU, 28 Feb 2017 - Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penahanan anak seorang Exco Johor yang terlibat dalam penyelewengan dan salah laku kuasa yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit.

Dewan Pemuda PAS Johor Bahru memandang serius perkara ini kerana melihatkan hal ini melibatkan kes berprofil tinggi serta turut mengheret sama perihal kebajikan rakyat Johor, khususnya rakyat Bumiputera.

Kami Dewan Pemuda PAS Johor Bahru menyatakan kebersamaan kami dengan usaha pihak berkuasa dalam membanteras isu ini. Usaha ini harus dilipat gandakan lagi kerana kami percaya lebih ramai lagi yang terlibat dalam penyelewengan dan salah laku wang rakyat dikalangan penjawat awam. Kami juga menggesa agar pihak berkuasa dapat terus bersikap telus dan mengharapkan agar kes ini tidak diakhiri dengan alasan-alasan mahupun hukuman (sekiranya didapati bersalah) yang tidak munasabah.

Di satu sudut, individu yang terlibat ini merupakan orang kanan dan Pemuda Umno yang juga merupakan mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar di sebuah IPTA dalam negara. Kepimpinan negara untuk 10 ke 20 tahun akan datang dilihat pada waktu ini. Jika pada waktu sekarang mereka sudah terlibat dengan gejala yang tidak baik, bayangkan sahaja nasib negara dan rakyat pada masa akan datang.


Dan buat sekelian pemimpin, cukuplah pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ini menjadi peringatan yang keras dari Allah :
"Tidaklah seorang hamba yang diangkat Allah sebagai pemimpin ke atas orang-orang yang dipimpinnya, kemudian ia tidak menjaga mereka dengan nasihatnya, melainkan ia tidak akan mencium aroma (wanginya) syurga" (HR Bukhari, 22/62, no. 6617)


Wallahu a'lam


#InilahPenyelesaianKita
#BeristiqamahHinggaKemenangan
#BudayaPolitikMatang&Sejahtera


Arif Ainuddin Bin Razali
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Johor Bahru


Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.