Isu Bantah Kenaikan Tol Bukan Isu Perkauman, Tetapi Kezaliman

Isu kenaikan tol yang ditentang bersama oleh Pakatan Rakyat bukan isu perkauman seperti yang dibangkitkan oleh BN, soalnya kepentingan rakyat yang ditipu dengan janji pilihanraya... baik melayu, cina dan india semuanya terkesan dan tertekan Khidmat pengangkutan awam juga perlu diperbaiki, pernahkah pemimpin BN bersama rakyat berjalan kaki dalam kompleks CIQ untuk mendapatkan cop passport dari imigresen yang mengambil masa berjalan kaki kira-kira 10 minit, belum diambil kira giliran di kaunter imigresen dan masa menunggu bas, sudah pasti paling terkesan warga emas, oku dan kanak-kanak. Bekerja di Singapura bukan lambang kemewahan, tetapi lambang kelemahan kerajaan BN yang tidak mampu menawarkan pekerjaan dan gaji yang baik kepada rakyat Malaysia, mana mungkin mereka sengaja keluar rumah seawal jam 4.00 pagi berkejar ke Tambak Johor dan singgah membeli sarapan dan membawa bekal ke Singapura. Berkereta juga satu keperluan mendesak ia bukan lagi lambang kemegahan untuk dibanggakan, bayangkan untuk sebulan anda yang berkerja di Singapura terpaksa berbelanja hampir RM 4,000 semata-mata dipaksa tanpa rela untuk membayar tol pergi dan balik di EDL CIQ tidak termasuk caj VEP di pihak Singapura Itulah dia kerajaan Barisan Nasional, cukup2lah menipu dan menzalimi rakyat
Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.