Isu Kenaikan Tol di CIQ Johor

Ramai rakyat yang menyokong kerajaan tak faham isu sebenar kenaikan tol di CIQ Johor, bukankah rakyat sebenarnya sudah cukup terbeban bila hendak masuk ke Singapura. Bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dikenakan Singapura cukup mahal dan membebankan rakyat Malaysia yang majoritinya bekerja disana. Ternyata pemimpin BN terlalu bijak memberi alasan kononnya untuk menyekat kemasukan kenderaan yang banyak ke Singapura patut dinaikkan tol, ini kurang akal. Yang masuk Singapura tu kan majoritinya rakyat Malaysia, jangan persoalkan rakyat Singapura yang masuk mengisi petrol subsidi di Malaysia, sepatutnya kerajaan menyediakan sistem tanpa subsidi untuk kenderaan Singapura mengisi minyak di Malaysia. Singapura sudah lama mendera rakyat kita, bukan soal pekerjaan buat rakyat Malaysia yang bekerja disana tetapi soal monopoli ekonomi yang dibolot Singapura, itupun pemimpin Malaysia masih mampu ketawa dan tersenyum bila bergambar bersama pemimpin Singapura. Kerajaan Malaysia patut menghantar nota bantahan kepada kerajaan Singapura membantah kenaikan Permit VEP Singapura yang dinaikkan dari SGD 20 kepada SGD 35. Kalau kerajaan Malaysia tertekan janganlah bebankan rakyat naikkan tol di CIQ, ataupun kenaikan tol itu adalah muslihat untuk kerajaan bayar semula konsesi tol kepada kontraktor pemaju MRCB yang membina Lebuhraya EDL.
Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.