Back To School - PAS Johor Bahru

Alhamdulillah buat julung kalinya PAS Johor Bahru telahpun berjaya menganjurkan program Kembali Ke Sekolah (Back To School) yang bertempat di Larkin Sentral, Johor Bahru.
 
Program ini diilhamkan sendiri oleh Yang Dipertuanya Dr Mohd Mazri Yahya atas keprihatinan dan kesinambungan PAS dengan meraikan masyarakat khususnya warga Johor Bahru yang memerlukan dan kurang berkemampuan dengan diberikan bantuan berupa pakaian seragam lengkap dan keperluan persekolahan kepada 105 orang murid menengah dan rendah sekitar parlimen Johor Bahru.

Setiap peserta menerima bantuan dengan peserta lelaki menerima barangan berupa 2 helai baju, 2 helai seluar, 3 pasang stokin, sepasang kasut, beg sekolah dan set lengkap alat tulis manakala peserta perempuan menerima 2 pasang baju kurung, 2 pasang tudung, 3 pasang stokin, sepasang kasut, beg sekolah dan set lengkap alat tulis dengan dianggarkan setiap peserta dibelanjakan kira-kira RM 200 setiap orang.

Program dimulakan dengan peserta dan ibubapa penjaga berkumpul di PASTI Izzuddin Al-Qasam, Larkin Jaya dengan di jamu sarapan pagi dan tazkirah oleh Ustaz Fakhrurrazi Abu Bakar dan ucap-ucapan alu-aluan sekaligus perasmian program oleh Yang Dipertua PAS Johor Bahru Dr Hj Mohd Mazri Yahya dan hadirin yang hadir diberikan taklimat oleh pengarah program Saudara Syairi Sabtu.

Peserta dan ibubapa penjaga yang telah didaftarkan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan di bawa terus ke Larkin Sentral untuk memilih sendiri barangan keperluan sekolah mengikut saiz dan peruntukan yang diberikan.

In sya Allah dalam masa-masa yang akan datang program-program kebajikan seperti ini akan diteruskan dan diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang sekaligus menjayakan program yang baik seperti ini.


Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.