Mesyuarat Agung PAS Johor Bahru 2013/1434H

Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat agung PAS Kawasan Johor Bahru, Kukuhkan Tarbiyah Semarak Jihad adalah tema mesyuarat agung kali ini. Mesyuarat ini juga telah sebulat suara mencalonkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden PAS Pusat dan mengekalkan pencalonan untuk jawatan Presiden dan ketiga-tiga Naib-Naib Presiden.

Dalam masa yang sama, PAS Kawasan Johor Bahru juga telah bertukar tampuk kepimpinan Yang Dipertuanya dengan persaingan sengit 3 penjuru, pemilihan di lakukan secara cadangan dan mengangkat tangan dalam mesyuarat setelah calon-calon yang di calonkan menerusi cawangan-cawangan dan dewan-dewan menarik diri.

Mesyuarat Agung ini di rasmikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua Penerangan PAS Pusat dan turut di meriahkan lagi dengan kehadiran Yb Ustaz Abdullah Husin selaku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor merangkap Adun Puteri Wangsa.
















Sumber : Jundullah



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.