Usrah Bersama Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia

Pemuda PAS Johor Bahru Usrah Bersama Partai Keadilan Rakyat Kepulauan Riau
 
Baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Johor Bahru telahpun melakukan kunjungan hormat ke negara jiran Indonesia untuk program usrah bersama (PKS) Partai Keadilan Rakyat dari Kepulauan Riau yang bertempat di Kota Batam pada Khamis 12 September 2013.

Rombongan ini terdiri dari sebelas orang pemuda yang dipimpin oleh Eddy Izwan Musa selaku pengarah program "Misi Tarbiyyah Rentas Sempadan", antara pimpinan pemuda yang hadir ialah Saudara Mohd Ariff Mt Hassan selaku Ketua Dewan Pemuda diikuti ahli jawatankuasa pemuda dan turut bersama ialah Saudara Mohd Taqiuddin Che Man selaku Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.

Kedatangan kami di sambut dengan baik dan meriah dalam suasana penuh ukhuwah sepertinya menandakan sempadan perjuangan dua bangsa saling terikat kukuh sejak sekian lama atas nama Islam dengan saling kenal mengenal(taaruf) dan berkongsi pengalaman dalam lapangan siasah dan dakwah Islam.

Pimpinan-pimpinan PKS yang menyambut kedatangan kami terdiri dari Dewan Pengurus Wilayah (DPW) PKS Kepulauan Riau diketuai pengurus  Sekretaris Umum DPW PKS Kepulauan Riau (Kepri) Raden Hari Tjahyono, Bendahara Umum Ahmad Saichuddin, Sekretaris DSW Muhammad Yusuf dan Ketua Biro Kepemudaan Organisasi(BKO) Bahrudin.

Dalam pertemuan tersebut kami juga diperkenalkan dengan calon-calon Pemilihan Umum (PEMILU) Indonesia 2014 antaranya Raden Hari Tjahyono, Muhammad Yusuf dan Ustaz Abdul Rahman LC yang juga Ketua DPW PKS Kepri yang tidak dapat hadir kerana menyambut tamu dari Jakarta.

Dalam kesempatan tersebut Pemuda PAS Johor Bahru dan DPW PKS Kepualauan Riau saling bertukar cenderamata dan bendera parti sebagai tanda ingatan kedua-dua parti dan menantikan pula kunjungan balas PKS Kepulauan Riau ke Johor Bahru untuk mengeratkan silaturahim yang sudah sedia terjalin.









Sumber : Jundullah



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.