Johor Pakatan Harapan Rakyat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen, cepat atau lambat BN kini sudah kehilangan keyakinan dan jati diri untuk berhadapan dengan pilihanraya. Sesetengah tempat jentera BN seperti tidak bergerak dan tidak bermaya, mungkin bosan menunggu janji capati dari pemimpin-pemimpin mereka. Johor adalah pusat kebangkitan rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 kali ini, kita boleh lihat sendiri nama-nama besar pemimpin Pakatan Rakyat turun setiap minggu ke Johor untuk menggempur benteng terakhir Umno dan MCA yang sekian lama mendominasi politik Malaysia. Kepulangan anak jati Johor Yb Salahuddin Ayub dan Yb Lim Kit Siang adalah petanda Pakatan Rakyat serius dalam usaha merampas kunci tembok Nusajaya sekaligus menjadi tiket utama ke Putrajaya. Harapan rakyat hanyalah satu, BN mesti di tumbangkan pada pilihanraya umum ke-13, Allahuakbar...
Sumber : Jundullah



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.