UMNO Kalah, DAP Hapus Kuasa Melayu?

Pilihanraya-Umum-13-PRU-13-General-Election-13 Benarkah sekiranya United Malays National Organization kalah pada piliharaya umum 13 yang akan datang, boleh menyebabkan kuasa orang melayu hilang? Atau pun hak-hak keistimewaan orang melayu akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat? Pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia diluar sana terutamanya pengundi atas pagar, rakyat yang tidak ada parti bahkan mungkin juga ada ahli-ahli United Malays National Organization masih tertanya-tanya dan keliru mengenai persoalan ini. Namun, di dada-dada media perdana seperti Utusan, TV3 dan media-media yang seangkatan dengannya sering kali memainkan isu ini. Mengambil pendapat daripada pemimpin-pemimpin United Malays National Organization dan blog-blog mesra Barisan Nasional, menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang, orang melayu akan hilang kuasa. Hak keistimewaan orang Melayu akan terhapus. Mereka juga mendakwa jika saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka negara ini akan dijual kepada orang Cina. Tidak cukup dengan itu, media-media ini menambah DAP sedang menunggangi PKR dan PAS untuk tubuhkan negara Kristian. Pada hemat saya, dakwaan pemimpin-pemimpin United Malays National Organization ini tidak punya asas yang kukuh atau mereka sekadar menghidupkan isu melayu hilang kuasa untuk menutup kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan kepada rakyat. Insha-Allah saya akan cuba mengutarakan beberapa pendapat mengenai persoalan ini. Saya bukan pakar undang-undang atau ahli politik tetapi sekadar seorang rakyat Malaysia yang perihatin terhadap apa yang berlaku dalam negara ini. Melalui pembacaan dan sedikit kajian, walaupun tidak sempurna namun akan tetap saya lontarkan. umno melayu Melayu tidak akan hilang kuasa sekiranya United Malays National Organization tewas kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan saya sertakan beberapa fakta seperti berikut; 1. Dakwaan majoriti pemimpin United Malays National Organization bahawa DAP akan menguasai Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara kristian adalah tidak benar kerana untuk meminda akta yang ada dalam perlembagaan perlu majoriti dua pertiga ahli parlimen sedangkan DAP hanya bertanding 48 kerusi dan hanya menang 29 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum yang lalu. Dengan jumlah ini, bukan saja mahu tubuh kerajaan tidak boleh, apatah lagi mahu pinda akta. 2. Tambahan, rakyat yang menganut agama Kristian dalam negara ini cuma 9.1 % berbanding umat Islam yang merupakan penganut majoriti dengan 61.3 %. 3. Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen. Begitu juga dengan perkara 152 (Hak Kesitimewaan orang melayu) dan perkara 3 (Agama Islam sebagai Agama Persekutuan) kebal kerana terletak dibawah majlis raja-raja melayu. Ianya tidak boleh diusik oleh sesiapa walaupun mendapat persetujuan dua pertiga dewan rakyat. 4. Pada 8 September 2007, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR-PAS-DAP bersetuju untuk mempertahankan hak keistimewaan orang melayu, bahasa melayu dan agama Islam. Lim Guan Eng pula menyatakan DAP akan menghormati apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan termasuk 3 akta penting bagi orang melayu. 5. Di Pulau Pinang, kerajaan negeri yang dipimpin oleh saudara Lim Guan Eng daripada DAP telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Tahun 2009; RM33.3 juta. Tahun 2010; RM39.8 juta. Tahun 2011; RM45.7 juta dan Tahun 2012; RM64.03 juta. Tahun sebelum Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, dana untuk berkaitan hal ehwal Islam cuma RM25.7 juta. DAP yang didakwa sebagai pengkhianat Melayu Islam menaikkan peruntukkan tersebut sehingga 300%. 6. Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga melancarkan program ‘Satu Keluarga, Satu Hafiz’ dan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz. 7. Selain itu, kerajaan yang diketuai Lim Guan Eng itu memperkenalkan tender terbuka yang berdasarkan faktor-faktor harga paling baik, kualiti dan pengurusan di mana 70% daripada kontrak telah dimenangi kontraktor Melayu. 8. Saguhati tahunan untuk KAFA, di zaman Barisan Nasional sebanyak RM659,000.00 (2008), di zaman Pakatan Rakyat RM879,000.00 (2009), RM913,200.00 (2010), RM900,000.00 (2011) dan RM900,000.00 (2012). 9. Media perdana yang dikuasai United Malays National Organization juga sering kali memainkan isu dengan mendakwa DAP cina telah menguasai Pulau Pinang apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini yang diterajui parti Gerakan (BN); Ketua Menteri pertama ialah Wong Pow Nee (1957 – 1969), yang kedua Lim Chong Eu (1969 – 1990), ketiga Koh Tsu Khoon (1990 – 2008). Saya rasa semua ketua menteri Pulau Pinang dahulu bukan bangsa melayu, semuanya cina. Jika saya salah tolong betulkan. 10. Semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan; pelbagai program kerohanian diperluaskan. Contoh yang boleh saya bawa adalah salah satu program yang bersejarah. Program GeMS – Generasi Idaman Selangor yang diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Menampilkan Ustaz Azhar Idrus, Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus, Ustaz Fauzi Mustafa, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi ilmuan berbanding pihak satu lagi yang acap kali menganjurkan program berunsur maksiat (K-Pop) untuk anak-anak muda. images Inilah antara fakta yang dapat saya berikan melalui analisis ringkas, artikel ini tidak sempurna begitu juga dengan fakta yang cuba saya ketengahkan. Sesiapa juga yang pakar dalam bab politik atau undang-undang diluar sana boleh mengkritik artikel ini. Namun saya yakin hujah yang saya berikan ini lebih relevan daripada hujah beberapa pemimpin mahupun ahli United Malays National Organization. Maklumlah, mereka hanya tahu hujah ‘Anwar Gay’, ‘LGBT’ , ‘Melayu hilang kuasa’ dan lain-lain lagi isu tetapi tidak kemukakan fakta dan bukti yang jelas, yang terbaru kalimah Allah juga dipolitikkan mereka. Insha-Allah akan datang saya akan ulas sedikit mengenai isu itu. Saya harap artikel ini dapat beri sedikit pencerahan kepada orang-orang melayu Islam yang masih keliru diluar sana. Sekian. Sumber analisa: 1.http://www.parlimen.gov.my/statistik.html?uweb=dr 2.http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?parti=DAP&p=All&Filter=Lihat&uweb=dr 3.http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20120514/po_13/Melayu-terjejas-jika-BN-hilang-kuasa 4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Kristian_di_Malaysia 5.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mandatduapertigapentinguntukpindaaktabercanggah_/Article/ 6.http://www.malaysiakini.com/news/197690 7.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspdt=0319&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2012 8.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8938-tanah-rizab-melayu-menjawab-fitnah-umno 9.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/8710-sistem-pemerintahan.html 10.http://roketkini.com/2012/05/14/umno-dicabar-buktikan-orang-melayu-dipinggirkan-di-pulau-pinang/ 11.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajlisRaja-RajabentengkebalpertahanIslam_hakorangMelayu/Article 12.http://www.sinarharian.com.my/politik/ambang-2013-perang-bn-dan-pakatan-tarik-pengundi-1.117751 13.http://www.keadilandaily.com/lebih-100000-banjiri-sambutan-ambang-2013-di-selangor/ 14.http://ulumquran.blogspot.com/2010/10/para-huffaz-harta-tidak-ternilai.html 15.http://pemudapenang.wordpress.com/2010/01/16/pulau-pinang-tambah-peruntukan-hal-ehwal-agama-islam/ 16.http://www.selangorku.com/?p=7628 17.http://beritasemasa.com/agama-islam-pulau-pinang 18.http://www.malaysiakini.com/news/93208
Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.