Listen - Orang Lain Tak Boleh, Eh Bila Dia Boleh Pulak?

Kami tertarik dengan video yang tersebar di youtube bertajuk "Fathul bari cakap tak serupa bikin". Seperti yang kita tahu, Ustaz UMNO yang seorang ini baru sahaja berkahwin satu lagi dengan gadis dari Filipina. Tapi itu bukanlah isunya, kami tidak mempertikaikan isu perkahwinan tersebut kerana sebagai seorang lelaki Muslim sememangnya dibenarkan untuk berpoligami.

Isu yang ditimbulkan adalah isu PAS mendoakan kehancuran UMNO & BN, kerana kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO & BN sepanjang 50 tahun memerintah. Ustaz UMNO ini beriya-iya mempertahankan UMNO walaupun sejarah telah memberikan contoh dimana Saad bin Abi Waqas R.A, salah seorang sahabat Nabi yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT, pernah mendoakan kecelakaan kepada orang yang memfitnahnya. Dalam video di bawah, kita boleh lihat bagaimana Ustaz UMNO ini beriya-iya kata tidak boleh mendoakan kehancuran, kalau nak guna pun contoh Saad bin Abi Waqas R.A hanyalah dibenarkan kepada pemimpin.

Dr Maza dengan panjang lebar telah memberikan contoh doa kehancuran yang dilafazkan oleh Saad bin Abi Waqas R.A, sila tonton video di bawah. Saksikan bagaimana Ustaz UMNO bermati-matian berkata doa kehancuran tidak dibolehkan.

Tiba-tiba apabila terkena batang hidung sendiri, dan berasa diri dizalimi, difitnah dan sebagainya. Boleh pula menggunakan peristiwa Saad bin Abi Waqas R.A untuk diri sendiri. Apakah Ustaz UMNO ini seorang pemimpin? Jawapannya adalah tidak, tapi bagaimana pula dia boleh gunakan peristiwa tersebut untuk mendoakan kehancuran orang lain sedangkan dulu beliau sendiri yang berkata hanya pemimpin sahaja yang boleh menggunakan doa tersebut? Mengapa ketika PAS mendoakan kehancuran UMNO beliau tidak mahu merujuk kepada peristiwa Saad bin Abi Waqas, tetapi apabila terkena pada diri sendiri boleh pula merujuk pada peristiwa tersebut? Anda nilailah sendiri dan bandingkan video-video di atas.

Perlu diingat, PAS mendoakan kehancuran UMNO adalah kerana UMNO itu zalim, menindas dan mengkhianati agama dan negara. PAS tidak mendoakan kehancuran setiap ahli UMNO tetapi ditujukan kepada parti UMNO itu sendiri kerana kami tahu, bukan semua ahli UMNO itu jahat. PAS mendoakan kehancuran UMNO supaya parti UMNO itu lenyap dari bumi Malaysia ini, paling tidak pun tidak lagi memerintah di masa akan datang.


Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.