UMNO sudah tiada Modal

Cuba sahabat-sahabat teka siapakah yang pernah mengeluarkan kenyataan hukuman hudud tiada dalam AlQuran tetapi rekaan ahli feqah? Pembayang bagi soalan ini ialah, mereka takut sekiranya MCA keluar daripada Barisan Nasional. Sudah dapat jawapannya? Mereka inilah yang pada mulanya menolak hudud, kemudian takut dan bacul tatkala Soi Lek menghina Islam. Presiden MCA itu turut mengatakan sekiranya Malaysia laksanakan hudud, maka ekonomi negara ini akan jatuh merudum. Cuba kita fikir, bagaimanakah parti ini mahu mempertahankan Islam sekiranya dengan MCA pun mereka gentar? Senyap membisu apabila MCA ugut tidak mahu lagi bersama BN walaupun presiden mereka telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Ulama muda? Mereka ini bela Soi Lek lagi ada lah. Rakan-rakan fb saya tidak menggelar mereka ini ulama tetapi ular dalam semak. Nah, hudud mereka tolak. Tidak mahu laksanakan Islam. Buat konsert tak senonoh sana-sini. Takut dengan MCA. Lalu sungguh berani mereka membangkitkan isu Kalimah Allah dan yang paling tak tahan apabila mereka laungkan Hidup Islam, Hidup melayu. Adakah mereka ini tahu malu? Jawapannya tentu tidak, kerana mereka sudah ketandusan modal apabila menjelang PRU 13 ini. Justeru itu, inilah jalan yang terbaik untuk mereka hidup kembali dalam dunia politik dengan membangkitkan isu-isu lama. Bahkan isu Amanat Hadi 30 tahun lepas turut dinaikkan semula. Apabila Presiden PAS itu mahu beri penjelasan menggunakan media perdana, ditolak mentah-mentah oleh Menteri Penerangan dengan pelbagai alasan. Tandanya mereka takut. Rakyat hari ini sudah pandai menilai, mereka tidak terlena hanyut dengan isu-isu lapok seperti ini. Mereka lebih cakna kepada isu yang melibatkan kepentingan orang ramai. Ramai yang sudah mula baca laporan audit negara dan media alternatif. Maklumlah, susah kita nak jumpa berita yang sahih dalam Utusan atau TV3 dan yang seangkatan dengannya. Orang ramai lebih prihatin kepada isu ekonomi yang tidak ditadbir urus dengan baik oleh pemerintah yang ada sekarang ini. Isu lembu yang telah menghanguskan wang rakyat sebanyak RM250 juta, hutang negara yang sudah hampir cecah RM500 bilion, isu harga barang naik tetapi gaji tidak naik. Isu pendidikan percuma, hutang PTPTN yang ditanggung mahasiswa, isu korupsi dan rasuah bapak-bapak menteri, isu Lynas yang melibatkan keselamatan rakyat dan FGVH. Sarawak yang kaya tetapi rakyatnya miskin. Begitu juga dengan Sabah, puluhan tahun ditadbir oleh BN namun masih lagi berjaya mengekalkan rekod sebagai sebuah negara termiskin dalam Malaysia. Royalti Kelantan tidak diberi. Sekiranya mahu catit satu demi satu korupsi dan salah guna kuasa mereka, ternyata tidak akan tercatatlah kerana terlalu banyak. Adakah mereka menjawab isu-isu yang dibangkitkan? Jawapannya juga tidak, balik-balik bangkit isu skandal seks Anwar Ibrahim, lgbt, gay, lesbian, transeksual, melayu hilang kuasa dan macam-macam lagi isu mengarut dengan tujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sebenar. Lalu, apakah tindakan kita untuk ajar mereka ini? Jawapannya mudah. bagi yang berkesempatan marilah ramai-ramai membanjiri Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bagi menunjukkan kemarahan orang ramai kepada pemerintah. Kita berhimpun dengan aman lahirkan bantahan dan tuntutan rakyat. Satu lagi cara untuk ajar mereka adalah, PRU 13 ini jangan beri undi kepada mereka supaya kita boleh lihat Najib Razak menjadi Ketua Pembangkang selepas PRU kelak.
Sumber : Mahasiswa UiTM Machang.



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.