Kenapa Himpunan Kebangkitan Rakyat ?

Sabtu ini Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi akan di banjiri dengan pelbagai lapisan rakyat yang tiada lain niatnya melainkan berhimpun untuk kebangkitan rakyat. Himpunan Kebangkitan Rakyat ini bolehlah di kirakan himpunan terakhir sebelum parlimen dan dun dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13. pilihanraya yang cukup mendebarkan semua pihak. Asakan kuat Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya di perlekehkan oleh UmnoBN yang telah memerintah lebih 50 tahun. Rakyat sudah muak dengan istilah jangan bereksperimen dalam menentukan pemerintah negara ini kerana lebih 50 tahun rakyat masih di belenggu pemikiran kolot jahiliyah moden yang mahukan rakyat terus bodoh duduk di bawah penguasa yang zalim. Ayuh semua teman-teman inilah peluang terbaik yang kita ada untuk buktikan satu hati kita untuk menolak Barisan Nasional secara aman. Jangan jadikan sifat malas kita sebab untuk kita tidak hadir ke himpunan tersebut. PAS bersama-sama Pakatan Rakyat tidak berdiri demi demokrasi tetapi berdiri demi Islam yang adil untuk semua...
Sumber : Jundullah



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.