'Amanat Hj Hadi' - UMNO semakin lawak

Ketika UMNO menyerang Presiden PAS melalui media mereka di TV1 dan TV3 tentang "Amanat Hadi", mereka lupa bahawa ketika Tuan Guru Hj Abdul Hadi memberikan ceramahnya di Kampung Banggol , Peradong, Terengganu pada tahun 7 April 1981, beliau belum lagi menjadi Presiden PAS ketika itu. Bagaimana mungkin ucapan beliau itu boleh dijadikan "Amanat Rasmi" parti?

Serangan kepada Presiden PAS saban hari di media UMNO semakin lama dilihat semakin lawak, mana tidaknya, mereka yang bertanya tapi mereka sendiri yang menjawab.

Kita lihat ketika sesi Soal Jawab TV3 (lihat gambar di sebelah), kami sebagai ahli PAS pun tidak akan kurang ajar dengan memanggil tok guru kami dengan panggilan nama tanpa gelaran. Kalau ia pun nak panggil sebagai amanat, kami akan panggil sebagai "Amanat Tuan Guru Hj Abdul Hadi" sebagai menghormati beliau sebagai pemimpin kami, bukannya "Amanat Hadi". Kalau ia dipanggil "Amanat Hadi", maka sahlah UMNO punya kerja. Apa yang lawaknya, sesi soal jawab tersebut boleh dianggap sesi syok sendiri, mereka yang bertanya tapi mereka sendiri yang menjawab. Presiden PAS yang dituduh tidak pula dipanggil untuk menjawab tuduhan mereka. Adakah ini adil? Ketika mereka membuat kenyataan di TV dan disaksikan oleh jutaan rakyat, tapi yang dituduh tidak pula diberikan peluang untuk memberikan penjelasan di saluran yang sama. Kita masih ingat lagi ketika Al-Arqam diharamkan pada tahun 1994, ketika itu, media massa ada menyiarkan sesi soal jawab bersama pemimpin Al-Arqam untuk memberikan penjelasan. Tetapi kini, mengapa peluang yang sama tidak berikan kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi?

Satu lagi perkara lawak ialah cadangan untuk mengadakan perbincangan tertutup bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi, disaat beliau diserang secara terbuka di kaca TV, tetapi apabila tuan empunya badan hendak memberikan penjelasan terpaksa pula dibincangkan secara tutup? Lawak apakah ini?

Apa yang lebih lawak lagi, seorang bekas ahli PAS yang duduk semeja dalam rancangan sesi soal jawab di kaca TV tersebut menyarankan Tuan Guru Hj Abdul Hadi bertaubat. Yang peliknya, ketika beliau memohon menjadi ahli PAS dan dapat pula jawatan di dalam PAS suatu ketika dulu, mengapa amanat tersebut tidak dibangkitkan? Beginikah sikap orang yang ikhlas dalam berjuang?

Ketika heboh menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi mengkafirkan UMNO, bagaimana pula mereka yang mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz? Salah seorangnya ada di dalam sesi soal jawab di atas.

Apa yang perlu difahami ialah ketika Tuan Guru Hj Abdul Hadi mengeluarkan ucapan tersebut adalah disebabkan pimpinan UMNO pasa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah, mempersenda Sunnah Rasullullah SAW. Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syarak dan akidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik.

"Amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT. Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati...kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini...akhiratlah kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu" - Tuan Guru Hj Abdul Hadi


Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.