Lambaian Cikgu Normala di Dun Tenang...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kempen pilihanraya kecil Dun Tenang akan berlangsung dengan 30 hb secara rasminya akan di isytiharkan siapakah pemenang untuk pilihanraya kecil ini.

PAS turun untuk memburu kemenangan dan melakukan kejutan awal dengan meletakkan calon muslimat buat julung kalinya dalam pilihanraya kecil.

Cikgu Normala Sudirman yang petah berbicara dan senang di pandang mata oleh penduduk setempat menjadikan ianya satu nilai tambah buat PAS Johor.

Petugas-petugas sukarela yang telah datang saban minggu dan sepenuh masa sejak lebih sebulan yang lalu menjadikan ianya satu penantian yang cukup memeritkan. Bayangkan kantung dan poket masing-masing hampir kering demi semangat jihad yang tidak kenal kalah dalam berperang.

Bukan senang untuk menang, tapi siapa kata PAS tak boleh menang. Mulanya kami beranggapan tempoh yang lama sangat merugikan PAS rupanya ada hikmah di sebalik ketentuan ini. Petugas PAS saban hari dan minggu dapat turun bertemu masyarakat untuk menerangkan dasar perjuangan PAS dan sedikit sebanyak sokongan kepada PAS semakin positif dan meningkat dengan mendadak.

Bayangkan isu calon Umno yang tidak diterima oleh ahli-ahli Umno dan Umno Bahagian Labis itu sendiri yang bermasalah sehingga ada pemimpin mereka yang bertemu dengan kami dengan mengatakan mereka akan sokong PAS kali ini. Sejauh mana mereka ini berani membuat perubahan itu kami serahkan kepada Allah Taala, kerja kami untuk menerang.

Isu 'tangan' Cikgu Normala yang cuba di manipulasi oleh parti lawan menjadi senjata makan tuan apabila rakyat mula melihat BN sanggup bermain api dengan menggadaikan hukum dan prinsip individu beragama Islam. 

Rakyat tidak akan rugi sekiranya calon PAS menang di Dun Tenang, kerana PAS kenal erti perhitungan dosa dan pahala, cerita syurga dan neraka. Kezaliman itu sendiri adalah kegelapan di hari kiamat.

Untuk petugas-petugas PAS yang berkampung di 12 Unit Peti Undi atau Daerah Mengundi diingatkan jangan ada sehelai risalah dan bendera PAS yang tinggal tidak diedar dan dipasang di Dun Tenang.

Pastikan semua rakyat mendapat maklumat, lebih-lebih lagi kepada pengundi yang duduk di luar kawasan kerana mereka ini telah melihat siapa sebenarnya BN yang zalim dan korup dengan segala bentuk kezaliman dan salah guna kuasa.

Juga buat teman-teman di luar sana yang masih di buai mimpi dan beretorik untuk menang di siang hari. Usah lagi bermimpi, mari turun ke medan juang ini. Korbanlah sedikit kesenangan kita di luar sana untuk ke medan juang yang sudah terhidang di depan mata.

Ingatlah semua teman-teman jalan ke syurga bukannya jalan angan-angan tetapi dengan cita-cita dan pengorbanan...AllahuAkbar...  


Sumber : Jundullah



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.