Naib Presiden PAS Rasmikan Bangunan PAS Pasir Gudang
Mula dipamer pada 25 September 2010

PAS Pasir Gudang adalah kawasan parlimen yang berjiran dengan PAS Kawasan Johor Bahru yang bersempadan diantara Dun Stulang dengan Dun Permas dan Dun Tanjung Puteri dengan Dun Johor Jaya.

Jumaat 24 September 2010 bertempat di Taman Mawar Pasir Gudang bersempena dengan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pasir Gudang satu majlis perasmian Bangunan PAS Pasir Gudang telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang.

Ceramah sambil disaksikan saf pimpinan PAS Pasir Gudang


Telah dibuka 1126 kali



Rumah Terbuka PAS Johor & Dewan Pemuda PAS Johor
Mula dipamer pada 25 September 2010



Telah dibuka 0 kali



Jamuan Hari Raya J/Kuasa Bertindak Kg Setanggi
Mula dipamer pada 21 September 2010



 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isnin 20 September 2010 satu majlis ramah mesra diantara jawatankuasa bertindak kampung dan pegawai-pegawai Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri telahpun diadakan di Kampung Tok Siak sebagai tanda kesyukuran sempena Syawal. 

Majlis ini adalah rentetan dari perbincangan dan keberhasilan dari gerak kerja sebelum ini dalam membawa suara penduduk 3 buah kampung yang teraniaya dengan mengalami banjir lebih dari 8 kali dalam masa tidak sampai setahun angkara rakus pemaju yang sedang membangunkan projek penempatan semula setinggan yang diberi nama Perumahan Melayu Iskandar Malaysia.


Telah dibuka 780 kali



Rumah Terbuka PAS Johor Bahru
Mula dipamer pada 17 September 2010

                              Semua dijemput hadir


Telah dibuka 0 kali



Sumbangan Ramadhan Untuk Syawal 1431H
Mula dipamer pada 7 September 2010

Sabtu 04 September 2010, Alhamdulillah Dewan Pemuda PAS Johor Bahru dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri telahpun menganjurkan satu program tahunan sempena Ramadhan untuk fakir miskin dan mereka yang sangat memerlukan disekitar Johor Bahru.

Sebanyak 43 keluarga telah dipilih kali ini untuk menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian dan sedikit wang ringgit dari orang ramai yang menyumbang melalui PAS Johor Bahru untuk diagihkan sempena Ramadhan tahun ini.

Antara kawasan yang terpilih ialah Taman Pandan, Kg Setanggi, Kg Tok Siak, Kg Desa Melayu, Kg Bakar Batu, Kg Melayu, Taman Plentong, Taman Sri Tebrau, Taman Impian Emas dan Flet Taman Skudai Kanan.

Biarpun sumbangan yang diberikan agak kecil, kami kira ianya sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan tambahan lagi Syawal yang tidak beberapa hari sahaja lagi akan menjelang.

Kepada yang menyumbang kami ucapkan jazakumullah khairan kathira dan mudah-mudahan amalan kamu semua diterima oleh Allah sebagai amalan terbaik kamu sempena Ramadhan tahun ini.

InsyaAllah gerak kerja kebajikan tidak akan terhenti sekadar Ramadhan sahaja dan diharapkan program ini dapat dilakukan secara berjadual mengikut kemampuan yang antum semua berikan kepada kami. Seperti kata alim ulama kalau tidak mampu buat semua jangan tinggal semua.


Telah dibuka 730 kali



Umno Mahu Rakyat Terus Jahil Agama
Mula dipamer pada 29 Ogos 2010

Isu perkataan tazkirah Ahli Parlimen Serdang yang berucap didalam ruang solat untuk menyampaikan sumbangan kepada Surau di Kajang menjadi hangat hanya kerana Yb ini datang dari parti DAP.

Sekali lagi Umno cuba menjadi juara dengan aparat-aparat dari Mais dan Jais yang kononnya berotoriti dan sangat alim dalam ilmu agama dengan nafsu buas mereka cuba memberikan fatwa songsang dengan mengatakan tindakan Yb Teo Nie Ching adalah salah dan melanggar titah Sultan.

Media tali barut Umno menyalahgunakan perkataan tazkirah, sedangkan tazkirah ini adalah ucapan-ucapan baik dalam nasihat agama walhal Yb Serdang ini berucap atas jemputan dan menjadi tanggungjawab beliau mendekati rakyat di tempat yang diwakilinya.

Rasulullah SAW dengan jelas tidak melarang orang-orang bukan Islam untuk masuk ke masjid Nabi. Majlis Fatwa Kebangsaanpun dah keluar fatwa, tolonglah Umno jangan buat rakyat hanyut dengan kepalsuan dan dosa.

Dibawah adalah perbandingan cukup jelas, bagaimana orang-orang Islam yang bolehlah dikirakan sebagai orang-orang Umno tanpa segan silu, malu dan takut dengan azab Allah beramai-ramai tidak memakai tudung kalau bertudungpun tidak sempurna dengan mendengar ucapan isteri PM disalah sebuah surau di Selangor.

Ini siapa nak jawab, nak ikut Nabi ke nak ikut Mais/Jais....



Telah dibuka 673 kali



Banjir 8 Kali - Kg Tok Siak & Kg Setanggi Serah Memo ke Nusajaya
Mula dipamer pada 26 Ogos 2010

Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi mara setapak lagi, bosan dengan sikap pemaju Tebrau Teguh, Upen Johor dan pemimpin politik setempat sebahagian penduduk bertindak beramai-ramai ke Pejabat Menteri Besar Johor di Nusajaya.

Memorandum dan tandatangan beramai-ramai penduduk diserahkan bagi meminta Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman untuk campur tangan segera bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku lebih 8 kali dalam masa setahun.

Walau bagaimanapun Menteri Besar Johor tidak turun dan dikhabarkan sedang mengadakan mesyuarat exco dan memorandum ini diterima dengan diwakili oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.

Terdahulu sebelum itu berberapa pemimpin politik setempat cuba mempengaruhi penduduk dan sesetengahnya diugut untuk tidak pergi beramai-ramai ke Nusajaya dengan diberikan payung dan t-shirt berlambang dacing serta diugut tidak akan menerima bantuan sebanyak RM 300.

Ramai penduduk yang berbelah bahagi dengan situasi ini, sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak ini menandakan mereka sekali lagi cuba memanipulasi rakyat dengan gula-gula yang tidak seberapa seolahnya ini adalah kempen pilihanraya. 

Di Nusajaya lain pula halnya, rombongan penduduk kampung disambut dengan kehadiran anggota polis berpakaian preman yang cukup ramai kira-kira 50 anggota dipercayai dari pasukan bermotor ninja, cawangan khas, polis dari balai Nusajaya juga dari IPD Johor Bahru Utara dengan dibantu pengawal keselamatan kompleks kerajaan Johor Nusajaya.

Penduduk hanya dibenarkan seramai 6 orang untuk naik keatas tetapi setelah berunding beberapa kali, semua rombongan yang hadir berjaya naik dan meluahkan sendiri hasrat dan aduan mereka kepada Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil. 

Bangkit demi menuntut hak

Salam penuh makna, minta pengertian dan perhatian

Byk lagi gambar didalam


Telah dibuka 779 kali



Berhenti Bakar Rokok Sekiranya Mahu Bakar Bendera Israel
Mula dipamer pada 21 Ogos 2010

Kita sudah melepasi 10 hari Ramadhan yang pertama menandakan fasa kedua sudah bermula. Di kesempatan baik ini sukalah kami mengingatkan masyarakat agar terus bermuhasabah diri memperbanyak amalan-amalan yang dikira sebagai bekal untuk kita mencari syurga Allah.

Isu rokok bukan kecil, betapa ramai sahabat-sahabat kita yang kecundang dengan sebatang rokok atau berkotak-kotak rokok. Alasan mahu cuba dan rasa akhirnya menjadi tabiat yang merugikan diri sendiri bukan sahaja poket koyak malah menanam modal saham yang besar buat yahudi Israel membantai umat Islam di Palestin dan diseluruh dunia.

Paling malang Ramadhan ini, ada sesetengah orang yang menjadikan malam sebagai kada' hajat untuk merokok melebihi dari sepatutnya kononnya menampung kekurangan setelah penat berpuasa disiang hari.


Telah dibuka 667 kali



8 Kali Banjir - Penduduk 2 Kg Buat Repot Polis
Mula dipamer pada 21 Ogos 2010

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Setanggi dan Kampung Tok Siak mewakili 300 penduduk lain membuat laporan polis berhubung rasa tidak puas hati selepas menjadi mangsa banjir kilat pada kejadian 20 Julai lalu, semalam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentral, di sini, pada jam 10.20 pagi oleh ahli jawatankuasa diwakili kira-kira 30 penduduk dari dua kampung terbabit selepas mendakwa mereka berhadapan lebih lapan kali banjir kilat akibat kerakusan pemaju projek pembangunan berhampiran.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Tanjung Puteri, Rosli Kemin berkata, penduduk dari dua kampung berkenaan sepakat untuk membuat laporan polis selepas tiada sebarang tindakan diambil oleh pemaju terbabit beberapa kali bantahan dibuat.

Air bah menanti masa untuk melanggar rumah penduduk kg
Sebahagian penduduk 2 kampung yang hadir selepas laporan polis di Balai Polis Sentral


Telah dibuka 909 kali



Naib Presiden PAS Rasmikan Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri
Mula dipamer pada 17 Ogos 2010


Alhamdulillah bertempat di No 9 Jalan Dewata, Larkin Jaya Dato Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kira-kira jam 11.00 malam dengan lafaz bismillah telahpun selamat merasmikan Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri di bawah Parlimen Johor Bahru.

Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Pengerusi PKR Johor Dato Chua Jui Meng dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Hj Dzulkefly Ahmad. Tarikh 27 Syaaban 1431H bersamaan 08 Ogos 2010 dipilih sebagai tarikh yang penuh bersejarah menandakan PAS dan Pakatan Rakyat serius dalam membela rakyat biarpun diperingkat negeri Johor kerajaan UmnoBN masih berkuasa.

Semangat ini ditunjukkan sebagai isyarat PAS komited dan istiqomah dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat terbanyak dengan membawa mesej Islam Memimpin Perubahan. Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri ini akan diseliakan sendiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Johor Bahru Saudara Rosli Bin Kemin yang berpengalaman luas dalam kepimpinan PAS Johor Bahru lebih 20 tahun bersama beberapa orang ahli jawatankuasa dan bolehlah dipanggil sebagai pembantu penyelia atau pegawai Pusat Aduan Rakyat.

Kami juga mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak dalam melihat aspek yang positif dengan tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat ini sebagai agenda bersama tanpa mengira batas agama, politik dan kaum.

Isu rakyat ini bukanlah baru bermula di Johor Bahru ini malah ianya sudah lama dan tiada lain kewujudan Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri ini bertujuan menjadi hab dan hentian masyarakat Johor Bahru yang dahagakan bantuan dan khidmat nasihat bukan sahaja hal yang berkaitan dengan hal bermasyarakat dan bernegara malah yang lebih besar dari itu ialah Islam Untuk Semua. Semoga Allah memberkati niat dan tujuan kami. Allahuakbar...


Telah dibuka 802 kali



Muka Surat  Sebelum   6   7   8   9   10   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.