Lawatan Sambil Belajar Anak-Anak PASTI Johor Bahru
Mula dipamer pada 2 November 2010

Isnin 01 November 2010 anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam dari Pasti Izzuddin Al-Qasam, Larkin Jaya dan Pasti Harith Asad Al-Muhasibi, Bandar Baru Uda telahpun dibawa melawat Zoo Negeri Johor dan Masjid Abu Bakar sempena program lawatan sambil belajar sebagai sebahagian dari diari anak-anak PASTI untuk tahun 2010.

Dedikasi dan istiqomah yang tinggi dari guru-guru PASTI yang selama  ini tidak jemu-jemu dan putus asa mendidik amanah Tuhan ini pastinya menjadi resepi kemanisan dan asam garam dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Cukuplah sebahagian gambar-gambar yang dititipkan disini buat kita membuat penilaian tentang prestasi cemerlang PASTI Johor Bahru yang kini berusia 21 tahun.....

Lambaian anak-anak harapan Islam


Telah dibuka 1145 kali



Program Ibadah Qurban Bersama Pusat Aduan Rakyat Tg Puteri
Mula dipamer pada 27 Oktober 2010

PROGRAM IBADAH QURBAN DUN TANJUNG PUTERI 1431H
Anjuran Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri, Johor Bahru

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Eddy 019-7303703 atau e-mel johorbahru@pas.org.my


1 Bahagian RM 400.00 (Lembu)

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Johor Bahru
No akaun : 01041010001750
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)


Telah dibuka 863 kali



Penghinaan Terhadap Kalimah Muhammad @ Nabi Muhammad SAW?
Mula dipamer pada 21 Oktober 2010

Untuk semua puak-puak umno yang sedang ber-agm, jadikan agm medan menegur pemimpin kalau bisu tahniah banyak-banyak kerana menanam saham rugi dan rugi di akhirat. Tahniah RM(Rosmah Mansor) kerana mengkembirikan Najib sebagai suami dayus yang tidak mampu bersuara menegur kemungkaran yang di lakukan oleh kamu. Adakah ini penghinaan terhadap kalimah Muhammad @ Nabi Muhammad SAW? Niat dan perbuatan menjadi penentuan!


Telah dibuka 817 kali



Makan Malam Bersama Tok Guru di Johor Bahru
Mula dipamer pada 12 Oktober 2010


Telah dibuka 0 kali



Isu Banjir - Pesuruhjaya Suhakam Turun Kg Setanggi & Kg Tok Siak
Mula dipamer pada 12 Oktober 2010

Isu hak asasi manusia kini menjadi isu hangat di negeri Johor sekarang ini dan paling menerima kesan tersebut ialah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Setanggi, Kampung Tok Siak dan Kampung Hajah Hasnah.

Penduduk yang sebelum ini kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolahnya memandang sebelah mata isu banjir di kampung-kampung tersebut kini sedikit terubat dengan kehadiran Pesuruhjaya Suhakam sendiri iaitu Tuan Muhammad Sha'ani Abdullah yang sanggup turun padang mendengar sendiri masalah penduduk dan menggunakan kuasa yang Suhakam ada dengan memanggil beberapa agensi kerajaan yang terlibat untuk memberi penjelasan.

Pesuruhjaya Suhakam turun padang mendengar penjelasan dari unit saliran Majlis Bandaraya Johor Bahru & Jabatan Pengairan Saliran Johor

Kehadiran beliau disambut oleh beberapa orang wakil penduduk dari jawatankuasa bertindak kampung dan turut hadir penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri dan Zon Permas.


Telah dibuka 1458 kali



Isu Banjir Kg Tok Siak & Kg Setanggi ke Suhakam & Parlimen
Mula dipamer pada 12 Oktober 2010

Penduduk dua buah kampung dari Kampung Setanggi & Kampung Setanggi Tok Siak akhirnya sepakat naik pihak atasan untuk mengadukan isu banjir di kampung mereka ke Suhakam dan Parlimen pada Khamis 07 Oktober 2010 yang lalu. Sedia maklum penduduk telah menuntut gantirugi kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang menganugerahkan projek penempatan semula setinggan lapan buah kampung kepada Tebrau Teguh Sdn Bhd yang telah mengecilkan dan mengubah laluan anak Sungai Tampoi sejak projek bermula menyebabkan penduduk kampung mengalami trauma banjir lebih lapan kali dalam masa tidak sampai setahun.

Rombongan penduduk sampai di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi dan di sambut sendiri oleh Pesuruhjayanya Tuan Muhammad Sha'ani Bin Abdullah. Sesi aduan dimulakan dengan pengenalan peranan Suhakam yang ditubuhkan 11 tahun yang lalu sebagai alternatif rakyat untuk berani tampil kehadapan mengadu masalah semasa berurusan dengan agensi kerajaan. 

Pengerusi J/Kuasa Bertindak Kg menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam


Telah dibuka 814 kali



Ceramah Menggalas GALAS
Mula dipamer pada 11 Oktober 2010

Semua di jemput hadir ke :

Turut berceramah Saudara Mazlan Aliman (Presiden ANAK/AJK PAS Pusat) & Saudara Rosli Kemin (Penyelia Pusat Aduan Rakyat Tg Puteri)


Telah dibuka 0 kali



Ijtima Tarbawi - Pulang Menggalas Tanggungjawab
Mula dipamer pada 4 Oktober 2010

Alhamdulillah kami selamat sampai ke pangkuan keluarga dan rumah masing-masing dari perjalanan musafir Ijtima' Tarbawi di Rusila, Marang.

Perjalanan yang agak meletihkan dengan tidur yang tidak cukup hasil dari mujahadah dan tarbiyah ruhiyah yang disemai oleh pimpinan sepanjang 3 hari berkampung di Masjid Rusila.

Kenangan cukup manis dan berharga ini, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan snap shot beberapa gambar. Apa yang penting ialah tanggungjawab peserta-peserta ijtima dalam membawa misi dan kefahaman Islam sebagai parti Islam yang bergerak sebagai agen dan duta Islam Untuk Semua.

Keletihan dan kecapikan sepanjang ijtima dikira ujian buat semua peserta ijtima sebagai latihan untuk menjadi ahli PAS yang benar-benar kuat dan tidak keterlaluan cuba belajar dari kepayahan yang pernah ditempuh oleh tentera Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya membebaskan bumi Palestin Al-Quds satu masa dahulu.

3 Pesanan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mat kepada peserta Ijtima ialah banyakkan bacaan Al-Quran, lazimi solat tahajjud dan jangan tinggalkan solat dhuha.

Lebih 5,000 peserta telah hadir dalam ijtima' tahun ini, dan tahun hadapan ijtima ini akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan.

Klik untuk lihat diari gambar


Telah dibuka 943 kali



Ijtima Tarbawi - Perjalanan Sudah Bermula
Mula dipamer pada 30 September 2010

Hari ini kira-kira jam 12.00 tengah malam rombongan kami akan bertolak ke Masjid Rusila, Marang, Terengganu untuk mengambil bahagian dan turut serta dalam program tarbiyah & dakwah yang sangat dinanti-nantikan dari seluruh pelusuk tanah air tercinta ini.

Himpunan ini akan mengumpulkan ribuan amilin yang dahagakan ilmu untuk mendengar nasihat dan amanat dari pimpinan dalam membawa misi dan visi Parti Islam Se-Malaysia dalam melahirkan kader-kader masa hadapan sebagai mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus bersusur galur dari junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam membawa mesej Islam sebagai ad-deen dan agen penyelamat seluruh umat Islam.


Telah dibuka 741 kali



Sekitar Rumah Terbuka Eildulfitri PAS Johor Bahru 1431H
Mula dipamer pada 27 September 2010

Barisan pimpinan menanti giliran untuk berceramah


Telah dibuka 792 kali



Muka Surat  Sebelum   6   7   8   9   10   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.