Yb DAP Fasih Berbahasa Jawa
Mula dipamer pada 19 Disember 2010

Pose istimewa Rock Halal, mcm dah lama kenal...

Kefasihan berbahasa jawa oleh Yb Ng Suee Lim dari parti DAP yang menjadi Adun Sekinchan untuk dua penggal begitu menggamit warga Johor Bahru yang hadir dalam ceramah isu-isu semasa sempena pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan menjelang.

Beliau bukan sahaja petah berpidato malah cepat mesra dengan masyarakat walau dimanapun beliau berada, kami sepertinya sudah lama kenal dengan figur penting ini yang pernah menggegarkan negara dengan pendedahan skandal rumah banglow ala bali milik mantan menteri besar Selangor, Dato Seri Khir Toyo.

Beliau satu-satunya Adun DAP yang menang dengan majoriti tipis di Selangor biarpun tsunami politik ketika itu membadai tanahair sehingga Selangor diantara negeri termaju dan kaya di Malaysia berjaya diperintah bersama rakyat dibawah PKR, DAP dan PAS.

Pertama kali datang ke Johor Bahru, cukup menghiburkan warga Johor Bahru dengan pendedahan-pendedahan sensasi politik semasa. InsyaAllah lain kali kita jemput lagi Yb nie..


Telah dibuka 1218 kali



8 Kampung Setinggan Masih Keliru
Mula dipamer pada 18 Disember 2010


Pembinaan lebuhraya EDL sepanjang 8.1 km yang dikatakan akan menyelesaikan masalah trafik di Johor Bahru kini sudahpun siap hampir 60 peratus. Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Jaya, Kampung Desa Makmur, Kampung Tengah, Kampung Belantik, Kampung Setanggi, Kampung Hajah Hasnah dan Kampung Tok Siak adalah kampung yang terlibat dalam projek mega yang menelan belanja hampir RM 1.bilion.

Disebalik kemegahan rakyat Johor dengan projek ini, masih terdapat penduduk yang berduka dengan situasi yang berlaku sekarang. Tekanan demi tekanan diterima penduduk kampung sejak projek ini dimulakan 2008 yang lalu.

Majoriti penduduk kini menanti rumah flet yang akan dibeli dari Upen Johor dengan nilai subsidi. Projek lebuhraya EDL tersebut melibatkan 424 buah rumah dan buat masa ini tinggal 44 buah keluarga yang masih enggan menerima tawaran saguhati dari MRCB.

Sekali lagi ditegaskan majoriti penduduk yang enggan berpindah bukannya menolak pembangunan tetapi masih tidak berpuas hati dengan nilai saguhati MRCB dan pampasan dari kerajaan Johor yang mana penduduk mendakwa telah membangunkan kawasan berpaya sepanjang pinggir Sungai Tebrau sehingga menjadi perkampungan setinggan pinggir bandar yang kini nilai hartanahnya cukup tinggi.

Campur tangan pemimpin Umno cawangan dalam parlimen Johor Bahru yang pernah diadukan kepada pihak polis tentang penyelewengan beberapa individu tersebut sepertinya sudah didiamkan oleh pihak polis dengan beralasan masih dalam siasatan sedangkan jengkaut MRCB bila-bila sahaja akan datang untuk merobohkan rumah penduduk kampung yang masih menantikan penyelesaian terbaik dari kerajaan Johor.

Terbaru maklumat yang diterima jawatankuasa bertindak 8 kampung setinggan kini dinafikan hak memiliki rumah flet di Perkampungan Melayu Iskandar Malaysia, nama-nama mereka sudah dikeluarkan dari senarai Upen Johor.

Pesan penduduk kampung jangan jadikan fahaman politik sempit untuk menafikan hak orang lain.... perbuatan zalim ini tidak akan terlepas dari penghakiman Allah Taala.


Telah dibuka 995 kali



Hijrah Tukar Kerajaan
Mula dipamer pada 7 Disember 2010

Tahun 1431 Hijrah baru sahaja melabuhkan tirainya, maka lembaran baru 1432 Hijrah dibuka sudah. Masa telah meninggalkan kita menandakan semakin dekat kita dengan tanda kematian. Bukankah kita semua ini calon jenazah.

Selagi hidup selagi berjuang, menandakan tugas kita sebagai pejuang Islam belum berakhir. Umno yang membawa kejahilan dan kegelapan mesti dilenyapkan dari muka bumi ini. Di sana menanti cahaya dihujung diterowong yang dinamakan hidayah.

Hidayah bukan barang mainan, hanya yang terpilih sahaja layak mendapat kurniaNya. Hidayah tidak ada di sembarangan tempat ianya mesti dicari sebagai penyuluh cahaya kegelapan diakhirat sana. Tanpa hidayah dan rahmat Allah, manusia menjadi keparat dan bangsat di tanah air sendiri.

Hijrah mengajar kita berkorban, berkorban mencari erti dalam kehidupan supaya hidup kita boleh memberi.Istilah jihad bukan berkorban semata-mata tetapi beriktikad hanya Islam yang layak memerintah dunia dengan memerintah dunia agama.

Masanya sudah tiba, kita telah meninggalkan masa dan masa telah meninggalkan kita. Masa yang ditinggalkan kini menjadi kenangan dan ibrah buat peringatan orang yang lupa, sekarang jalan perjuangan terbentang didepan mata.

Di Malaysia rakyat beramal dengan doa akhir tahun dan awal tahun, ianya perkara harus yang tiada nas yang bersusur galur dari Nabi Muhammad SAW, mungkin ianya ijtihad ulama disini yang mahukan umat Islam tidak leka dengan menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai alternatif tahun baru.

Kerajaan yang ada sekarang ini ditadbir oleh orang-orang yang percaya dosa pahala tetapi tidak mahu beramal dengan sebenar-benarnya, maka timbullah istilah munafik dan zindik iaitu orang-orang yang melampau. Malangnya mereka bukan sahaja menzalimi rakyat malah menzalimi diri sendiri dan berbangga dengan jahilliyah moden.

Kini tibalah masanya untuk rakyat berubah, peluang yang ada jangan disia-siakan. Umno mesti ditumbangkan...


Telah dibuka 820 kali



Rakyat Malaysia Berjudi Ke Singapura Setiap Hari
Mula dipamer pada 25 November 2010

Amat memalukan, budaya judi adalah taik, siapa yang berjudi memang dia adalah taik judi. Perjudian adalah bergantung dengan nasib. Banyak rugi dari untung, tiada manfaat melainkan mudarat.

Bicaralah dimanapun, judi adalah musuh kepada agama. Orang yang berjudi pastinya dibelit iblis, bukankah dunia ini penuh kepalsuan belaka, tiada yang benar melainkan janji neraka itu benar kepada mereka yang berjudi.

Utusan Meloya melaporkan dalam portalnya baru-baru ini dan mendakwa secara puratanya 3,000 orang rakyat Malaysia berjudi ke Singapura setiap hari dengan nilai perbelanjaan minimum RM2,400 seorang bersamaan RM7 juta sehari atau RM200 juta sebulan.

Mana Utusan dapat statistik ini tak dapat dipastikan, Utusan juga adalah saham terbesar dalam menyemai budaya judi dalam masyarakat melayu dengan memaparkan keputusan judi setiap hari di akhbar mereka.

Dalam sidang dun baru-baru ini adun BN dari Pekan Nenas menyuarakan kebimbangannya tentang trend rakyat Malaysia dalam berjudi dan kekesalannya tentang sikap negara jiran Singapura yang memberikan pakej menarik untuk rakyat Malaysia berjudi di kasino.

Maka timbullah cadangan yang pelik dan bengong seperti menghadkan kemasukan rakyat yang hendak berjudi kepada 50 kali. Juga timbul cadangan mengikut langkah Singapura yang tidak membenarkan ahli keluarga dari rakyatnya sendiri dari berjudi, membuka kaunter dan anjuran seminar kesedaran tentang mudaratnya judi.

Bagilah sebanyak mana cadanganpun, kalau dah taik judi kemana lagi puak-puak ini nak pergi melainkan kemeja judi. Kita pernah kesal dengan berita tertangkapnya orang-orang melayu di premis-premis judi baik secara tertutup mahupun terbuka seperti kedai nombor ekor dan paling malang ada bapa yang ditangkap bersama anak kecil yang tidak tahu apa-apa dek kemaruk dengan judi.

Oleh itu kembalilah kepada Islam, Islam ada solusi untuk menyelesaikan semua perkara. Islam ada pertimbangan dosa dan pahala, ada cerita syurga cerita neraka. Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat dunia akhirat.  


Telah dibuka 917 kali



Sultan Johor Mahu Jambatan Ganti Tambak Johor
Mula dipamer pada 24 November 2010

Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 baru-baru ini bertitah supaya jambatan baru dibina bagi menggantikan tambak Johor mengulangi gesaan ayahda baginda Almarhum Sultan Iskandar.

Pemimpin negeri dan negara mesti memandang titah Sultan Johor ini sebagai sesuatu yang serius kerana pandangan Sultan Johor ini adalah pandangan aspirasi rakyat sejak sekian lama yang mahukan kesesakan di tambak Johor diatasi segera termasuklah isu alam sekitar yang mana memerlukan laluan Selat Tebrau dibuka semula.

Sudah terlalu banyak isu-isu bersama yang tertunggak sejak sekian lama tidak dapat diatasi secara menang-menang diantara Malaysia dan Singapura. Makanya satu lembaran baru mesti dibuka sekaligus memberi tekanan kepada Singapura untuk menghormati negara dalam menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit tanpa mengambil kira lagi kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin tertentu yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.

Pembukaan JB Sentral hanya gah dari seni bina sedangkan hakikatnya masih tidak mampu mengatasi kesesakan kenderaan dan rakyat yang berulang alik dari Johor ke Singapura. Logiknya jalan terbaik sekiranya jambatan baru tidak mampu dibina, renovasi sahaja jambatan tersebut samada membina jambatan baru disebelah tambak seperti jambatan kedua Permas Jaya ataupun dibesarkan seperti Jambatan Pulau Pinang.


Telah dibuka 896 kali



Berkorban apa sahaja...
Mula dipamer pada 18 November 2010

Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri bersama PASTI Johor Bahru telahpun selamat menyempurnakan ibadah korban dan akikah sebanyak enam ekor lembu dan seekor kambing bertempat di Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri di Larkin Jaya.

Majlis telah dirasmikan sendiri oleh En Rosli Kemin selaku penyelia Pusat Aduan Rakyat Tanjung Puteri merangkap Yang dipertua PAS Kawasan Johor Bahru.

Penyertaan masyarakat sekitar Larkin dan Kg Melayu sangat menggalakkan dan suasana pagi hari raya tersebut cukup meriah dengan laungan takbir dan kehadiran yang cukup ramai pada hari tersebut.

Pihak penganjur meletakkan syarat yang ketat dalam pembelian lembu untuk korban dengan mengambil kira aspek cara lembu itu di jaga dan diberi makan dan secara rohaninya orang yang menjual lembu tersebut adalah orang yang warak dari segi menjaga solat berjemaah dan menjaga beradab dengan haiwan ternakan.

Takbir, Allahuakbar


Telah dibuka 963 kali



Konvokesyen PASTI Johor Bahru 1431H/2010
Mula dipamer pada 15 November 2010

Ahad 14 November 2010, Konvokesyen PASTI Johor Bahru telahpun selamat disempurnakan dengan gilang gemilang di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Tmn Sentosa, Johor Bahru tanda tamatlah sudah sesi persekolahan untuk tahun 2010.

Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Mohd Faizul Mohd Salleh selaku Pengarah PASTI Negeri Johor dan terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar PASTI dan Tazkirah bertajuk Mendidik Permata Syurga oleh Al-Fadhil Ustaz Nizamuddin Omar mantan Pengarah Kolej Islam Johor.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tenaga belakang tabir PASTI yang banyak menyumbang dalam memberikan bantuan kepakaran nasihat dan wang ringgit yang kalau tidak dikirakan cukup ramai dan tidak termampu untuk disebutkan di dalam makalah ini.

Acara tahunan ini dikira sebagai anugerah kecemerlangan dan review kepada ibubapa kepada prestasi PASTI Johor Bahru yang selama ini mendidik anak-anak mereka sebelum masuk ke alam persekolahan yang lebih mencabar selepas ini.

PASTI mempunyai visi dan misi yang sangat jelas dengan mengajarkan anak-anak tentang apa yang diajar oleh para nabi dan para alim ulama dengan mendaulatkan agama dan tidak mengkesampingkan akedemik sebagai keperluan hidup bersyariat.

Setiap yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dan lemah itu datangnya dari kebodohan dan kejahilan kita sendiri, semoga sesi 2011 dan mendatang PASTI Johor Bahru akan terus maju dibawah redha dan inayah dari Allah...

                                      Pelajar cemerlang akedemik dan agama, anak orang seberang..


Telah dibuka 1141 kali



MengIslamkan Sosialis
Mula dipamer pada 12 November 2010

Tajuk artikel ini mungkin akan mengundang kontroversi kepada yang tidak faham akan kronologi dan idealogi. Ramai yang tidak faham adakah Islam juga sosialis atau didalam Islam itu sendiri ada sosialis.

Kita tinggalkan asal usul dan pegangan anutan pemuka-pemuka sosialis. Kita kini mencari titik bengit pertembungan dan kebaikan yang ada hasil fikrah dan kejadian manusia yang pelbagai hasil kuasa Allah yang menentukan segalanya didunia ini.

Islam mengajar umatnya apa yang kamu buat dalam hidup ini tidak terlepas dari dosa dan pahala, diakhirat sana menanti pula hari pembalasan dengan syurga dan neraka menjadi taruhan.

Manusia diajar hormat menghormati kepelbagian fikrah tetapi menolak idealogi yang mengajak manusia lupakan Sang Pencipta. Sifat manusia yang mahu berlepas diri dari mahu terikat dengan aqidah Islam menandakan jerat belitan Iblis sudah mengena.

Disana kita lihat juga ada komunis yang kononnya miskin kaya sepatutnya sama rata tetapi pincang kerana menolak agama, maka dikatakan lahir sosialis menjadi adik kandung komunis tetapi msih banyak yang perlu diperbaiki dalam pelbagai aspek dan perkara.                                           Rock Halal & Taqi bersama Tukar Tiub


Telah dibuka 981 kali



Bangkit Dari Lamunan, Mara Ke Hadapan
Mula dipamer pada 9 November 2010

Parti Islam Se-Malaysia atau dikenali sebagai PAS adalah wadah gerakan Islam yang unggul di negara ini. Idealogi anutan PAS adalah Quran & Sunnah adalah rentetan dari kewajipan menghidupkan politik Islam yang hendak dimatikan oleh musuh-musuh Islam.

Banyaknya isu perlu ditangani, malangnya demokrasi dicekik. Menjadi kewajipan buat pendokong Islam untuk menggunakan segala kebijaksanaan, cara dan uslub dalam membangkitkan gelombang kesedaran kepada rakyat bahawa Islam adalah penyelamat ummat.

Isu Islam tetap menyengat, kecenderungan manusia dalam berpolitik Islam ini menandakan Islam tidak boleh dimatikan. Buatlah apa sekalipun Islam tetap akan terpelihara sehingga hari Qiamat.


Telah dibuka 782 kali



Sepahit Jadam di Galas
Mula dipamer pada 7 November 2010

Kekalahan pilihanraya kecil di Galas tanda PAS menghormati demokrasi, biarpun tempang PAS tetap optimis kemenangan bukanlah segala-galanya. Apabila kita sebut regim Barisan Nasional pastinya tidak boleh lari dari kita sebut penipuan, kepalsuan dan kezaliman.

Apa maknanya kemenangan ini buat Barisan Nasional sekiranya kemenangan ini adalah kemenangan yang tidak diredhai Tuhan, benar demokrasi berpaksi kepada majoriti tetapi demokrasi ini adalah palsu kerana tidak berlandaskan syarak dan kebenaran hakiki.

Siapa yang tidak sedih dengan kekalahan, PAS telah melalui ini semua sejak sekian lama dan kita diajar oleh Islam dan pemimpin kita agar bersabar dengan mehnah dan tribulasi. Bukankah kita hidup di dunia ini kena melalui banyak ujian.


Telah dibuka 814 kali



Muka Surat  Sebelum   6   7   8   9   10   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.