Melancong ke Pusat-Pusat Pembuangan Undi di Dun Tenang
Mula dipamer pada 15 Januari 2011

Tasik yang memukau pandangan di Ladang Voules


Dewan Serbaguna Kg Paya Merah, UPU Bandar Labis Timor


Telah dibuka 2008 kali



Ceramah-Ceramah Di Dun Tenang
Mula dipamer pada 11 Januari 2011




Telah dibuka 0 kali



Ceramah Tawan Dun Tenang di Johor Bahru
Mula dipamer pada 5 Januari 2011



Telah dibuka 797 kali



Tenang Revival
Mula dipamer pada 3 Januari 2011

 
Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, pusat penjumlahan undi pada 30 Jan nanti

gateway to Tenang, welcome to Labis


Markas Operasi Induk Dewan Pemuda PAS Johor


Telah dibuka 1383 kali



Dun Tenang, Kehangatan Sudah Bermula...
Mula dipamer pada 1 Januari 2011

 


Telah dibuka 0 kali



2011 Tahun Cabaran Untuk PASTI Johor Bahru
Mula dipamer pada 1 Januari 2011

Alhamdulillah dengan nikmat dan kurnia Allah Subhanawataala, sesi persekolahan 2011 akan di buka semula. Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih di kenali lagi sebagai tadika PASTI juga tidak ketinggalan untuk di coret sejarah antara penyumbang kepada perkembangan pendidikan Islam di negara ini.

PASTI Johor Bahru yang di buka pada tahun 1989 iaitu kira-kira hampir 22 tahun yang lalu, kini masuk usia yang dikirakan cukup matang dalam mencetak anak-anak untuk mengikut acuan Islam yang sebenar.
 
Usaha amilin-amilin PAS yang cintakan Islam, telah membuahkan hasil yang masak. PASTI Johor Bahru cukup berbangga dengan pencapaian PASTI Johor yang kini mempunyai ratusan rangkaian di seluruh pelusuk negeri Johor dan ribuan lagi di seluruh negara.
 
PASTI pernah di uji dengan mehnah dan tribulasi baik dari kerajaan yang memerintah mahupun orang-orang perseorangan yang tidak mengerti dan menghormati organisasi. Tetapi itu semua tidak menjadi alasan untuk PASTI terus bangkit sebagai medan alternatif pilihan ibu bapa untuk terus menghantar anak-anak mereka ke PASTI.
 
PASTI mencapai zaman gemilangnya pada tahun 90an dahulu bilamana gelombang kebangkitan Islam mencapai kemuncaknya. Rangkaian PASTI ketika itu tidak menang tangan menyambut pendaftaran anak-anak PASTI sehingga di sesetengah tempat terpaksa di wujudkan sesi pagi dan petang bagi menampung keperluan pasaran yang mendesak.
 
Peristiwa runtuhnya Menara World Trade Centre di New York pada 11 September 2001 menjadi titik tolak pertama sekolah-sekolah agama dilabelkan dengan pelbagai nama yang tidak baik seterusnya di lancarkan perang terhadap Afghanistan dan Iraq menjadikan dunia Islam seluruh dunia di rundung malang dan duka.

2003 adalah tahun tribulasi bilamana Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia ketika itu mengumumkan bantuan berkapita kepada sekolah-sekolah agama kerajaan dek kerana tunduk dengan tekanan Amerika yang mengatakan sekolah-sekolah agama ini adalah tempat melahirkan pengganas dan penyokong-penyokong yang melawan kerajaan.
 
PASTI pada waktu itu mengalami kemerosotan pendaftaran pelajar yang cukup drastik dan kini kitaran masa itu semua sudah berlalu. PASTI kini terus bangkit dengan mendepani cabaran dengan melangkah ke hadapan.
 
Tidak terkecuali PASTI Johor Bahru dengan ini mengumumkan pembukaan rangkaian PASTInya yang ketiga di Parlimen Johor Bahru yang di beri nama PASTI AsSyahid Sayyid Qutb yang beralamat di No 84 Jalan Merdeka, Kampung Melayu.
 
Nama-nama PASTI juga di beri penjenamaan semula, dengan mengambil keberkatan nama-nama para alim ulama mujtahid yang di kenang nama-nama mereka ini sepanjang zaman. Jangan lepaskan peluang ini, kalau anak-anak orang Umnopun belajar di sini takkanlah yang lain-lain mahu ketinggalan....
 
PASTI Izzudin Al-Qassam, Larkin Jaya

PASTI Al-Harith Asad Al-Muhasibi, Bandar Baru Uda

PASTI AsSyahid Sayyid Qutb, Kg Melayu


Telah dibuka 6916 kali



Sebulan Bertenang Atau Bertendang
Mula dipamer pada 28 Disember 2010

Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang akan di adakan pada 30 Januari 2010 adalah satu jangka waktu yang panjang. Selagi tidak belaku pilihanraya selagi itulah debaran dan cabaran belum nampak tanda akhirnya.

Jentera UmnoBN yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman sudahpun bersorak untuk membawa segala jentera yang mereka ada untuk mengekalkan kemenangan di negeri yang dikatakan kubu kuat Umno dalam dunia.

Skandal dan penyelewengan yang berlaku diperingkat nasional dan tidak kurang diperingkat tempatan ternyata akan mendominasi kempen yang akan bermula secara rasminya pada 22 Januari.

SPR yang dikatakan menjadi pak turut kepada Umno sepertinya dicucuk hidung kononnya sangat bijaksana dalam menentukan tarikh pilihanraya dengan menetapkan hujung bulan Januari sebagai hari keluar mengundi untuk mereka-mereka yang layak mengundi di Dun Tenang.


Telah dibuka 808 kali



Kaji Selidik Trend Pengundi Dun Tenang
Mula dipamer pada 27 Disember 2010

Seperti dijangkakan trend pengundi yang menetap di Dun Tenang tidak berubah, pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya bangsa melayu masih mundur dijajah dengan pemikiran kolot hanya Umno yang mampu berkuasa.

Mereka ini tinggal di kawasan Felda dan pendalaman kampung yang tidak terdedah dengan maklumat sebenar di dunia luar sekarang. Erti katanya mereka sendiri tidak mahu dengar apa yang Pakatan Rakyat tawarkan kepada mereka dengan melihat sendiri kejayaan Pakatan mentadbir 4 negeri.

Mereka masih lagi masyuk dan khayal dengan hiburan dan tanpa segan silu pernah ditanya kepada mereka tentang hiburan dan mereka jawab kami tak kisah konsert datang ke kampung kami, buat apa nak halang anak muda berhibur dan minta dibawakan lagi artis-artis sensasi buat menghiburkan mereka.

Lakaran Peta Dun Tenang


Felda hanya satu di dunia, dulu tolong sekarang along


Telah dibuka 1280 kali



Mencari Kemenangan di Dun Tenang
Mula dipamer pada 10 November 2010

SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi pada Sabtu 24 Disember, makanya ini adalah masanya untuk kita pejuang-pejuang Islam berpadu tenaga dari sekarang untuk turun ke medan juang.

Dikala ini, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit menjadi taruhan sebagai bekal amalan baik kita di dunia untuk dibawa keakhirat sana. Usah lagi kita berpeluh tubuh dan bersangka baik, kalau kita takde orang lain mesti ada.

Politik persepsi perlukan penilaian semula, manusia boleh meramal sesuatu perkara dalam menggapai impian dan realiti, kemenangan tak datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar.

Dun Tenang yang kosong sekarang ini menanti untuk diisi, PAS tetap ada harapan untuk menang sekiranya padang permainan sama rata. Umno kini musuh politik yang mesti ditumbangkan.

Kita semua adalah amanah rakyat untuk menyelamatkan rakyat di Dun Tenang yang tidak mendapat maklumat sebenar siapa dia UmnoBN yang telah memerintah negara selama 53 tahun dengan korup dan rakus.

Hagemoni kuasa UmnoBN di Dun Johor mesti dikecilkan dengan impian merampas Nusajaya tidak mustahil, yang penting doa, kerja kuat dan tawakal kepada Allah.


Telah dibuka 838 kali



Perkembangan Semasa Untuk PRK Dun Tenang
Mula dipamer pada 19 Disember 2010

Alhamdulillah sempurna sudah jenazah Adun Tenang disemadikan di Labis, yang pergi biarlah pergi yang tingal ini mesti teruskan hidup untuk berjuang. Perjuangan ada baik dan jahat, ada baik ada batil, ada dosa ada pahala. Semuanya menjadi pertaruhan untuk dibawa mengadap Allah diakhirat sana.

Kini semua mata dan telinga tertumpu ke Dun Tenang dibawah Parlimen Labis, untuk rekod, ini adalah pilihanraya kecil ke-14 selepas pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 yang lalu. Masing-masing parti politik mula mengatur gerak dan strategi untuk menumbangkan lawan politik masing-masing.

Pastinya PAS dan UmnoBN akan mengerahkan jentera-jentera terbaik mereka untuk mendominasi kempen yang masih lagi belum ditentukan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Alhamdulillah Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor masing-masing sudah selesai bermesyuarat untuk mengatur gerak kerja pilihanraya dengan 3 orang sudah disenarai pendek untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dun Tenang, InsyaAllah akan diumumkan oleh pimpinan.


Telah dibuka 973 kali



Muka Surat  Sebelum   6   7   8   9   10   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.