Sejarah Tercipta di Dun Johor....
Mula dipamer pada 23 Jun 2013

Alhamdulillah buat pertama kalinya dalam sejarah, tiang seri dan tembok besar Umno dan Barisan Nasional sudahpun berjaya di robek oleh gabungan kuat Pakatan Rakyat, walaupun sebelum ini di gembar-gemburkan Pakatan Rakyat akan menawan negeri Johor kemenangan 18 kerusi dun dan 5 kerusi parlimen di negeri Johor sudah cukup membenamkan keegoaan UmnoBN yang sekian lama 'menjajah' dan 'menjarah' negeri Johor.

Prestasi semua kerusi yang di pertandingkan memperlihatkan semua kerusi mendapat bilangan undi yang bertambah dari kedua-dua pihak, sentimen kuat rakyat yang mahukan kerajaan negeri bertukar tangan dan sentimen kuat penyokong kerajaan yang takut kehilangan negeri dan Putrajaya memperlihatkan peratusan keluar mengundi kali ini cukup tinggi berbanding pilihanraya tahun 1999, 2004 dan 2008.

Apapun bekal 18 kerusi yang di menangi Pakatan Rakyat dari 56 kerusi yang dipertandingkan sudah cukup kuat menunjukkan Pakatan Rakyat kini punya suara kuat dan dominan. Terlalu banyak lakaran sejarah yang tercipta semasa pilihanraya yang lalu, kini Pakatan Rakyat hanya perlukan satu lagi kerusi untuk menafikan suara 2/3 kerusi dalam sidang dun Johor.





Telah dibuka 1202 kali



BN hilang deposit dua kerusi dun ?
Mula dipamer pada 22 Mei 2013

Jangan sangka BN kalah tanpa hilang deposit, inilah petanda awal BN akan berkubur sedikit demi sedikit....

N13 Dun Berapit dan N27 Dun Pengkalan Kota kedua-duanya di Pulau Pinang...


Telah dibuka 1249 kali



28 Calon Bebas, 1 Tarik Diri Adalah Ahli BN
Mula dipamer pada 21 April 2013

28 orang calon yang bertanding atas tiket bebas adalah ahli BN, adakah dengan calon bebas ini maka Pakatan Rakyat akan kalah teruk?

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim - Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar - Parlimen Tasek Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali - Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed - Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin - Parlimen Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak,Mohamad Sukeri Abdul Samat - Parlimen Bandar Tun Razak

7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba - Parlimen Lembah Pantai

8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah - DUN Kota Damansara

9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib - DUN Batang Kali

10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi - DUN Alor Mengkudu

11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad - DUN Sungai Limau

12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun - DUN Bukit Naning

13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela,Mohd Azaman Johari - Parlimen Pengerang

14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu - DUN Gambir

15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim - DUN Gambir

16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid - DUN Permaisuri

17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih,Zulkiflee Salleh - DUN Kemasek

18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad - DUN Ajil

19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja'afar Jambol - DUN Alur Limbat

20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding - DUN Seri Menanti

21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini - DUN Kuala Penyu

22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul - DUN Sungai Sibugah

23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan - Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe - DUN Kuala Kubu Bharu

25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook - DUN Kuala Kubu Bharu

26. Ketua UMNO Cawangan Sunway Batu Caves, Dato Said Nazar Abu Bakar - Parlimen Gombak.

27. Ahli UMNO Cawangan Tanjung Karang, Herman Tino - Parlimen Tanjung Karang.

28. Ahli UMNo Kota Belut, Lamsir Hamidsor - Parlimen Kota Belut

Tarik Diri Bertanding Atas Tiket UMNO BN

1. Timbalan Pengerusi UMNO Pasir Mas, Che Johan Che Pa - Parlimen Pasir Mas

Kita akan lihat adakah UMNO berani untuk pecat keahlian mereka di atas.


Telah dibuka 1448 kali



Manifesto Rakyat Johor
Mula dipamer pada 14 April 2013




Telah dibuka 1668 kali



Vandalisme Bendera PAS, angkara siapa?
Mula dipamer pada 14 April 2013

Bendera dan banner PAS yang telah dibakar,diconteng dan dibuang ke dalam longkang sekitar kawasan Bandar Baru Uda dan Larkin..satu laporan polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru semalam mengutuk kerja jahat dan tidak matang ini yang dilakukan oleh sesetengah pihak..kami tak mahu menyebut siapa punya angkara..kalian mampu menilainya..



Telah dibuka 1147 kali



Johor Pakatan Harapan Rakyat
Mula dipamer pada 30 Mac 2013

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen, cepat atau lambat BN kini sudah kehilangan keyakinan dan jati diri untuk berhadapan dengan pilihanraya. Sesetengah tempat jentera BN seperti tidak bergerak dan tidak bermaya, mungkin bosan menunggu janji capati dari pemimpin-pemimpin mereka. Johor adalah pusat kebangkitan rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 kali ini, kita boleh lihat sendiri nama-nama besar pemimpin Pakatan Rakyat turun setiap minggu ke Johor untuk menggempur benteng terakhir Umno dan MCA yang sekian lama mendominasi politik Malaysia. Kepulangan anak jati Johor Yb Salahuddin Ayub dan Yb Lim Kit Siang adalah petanda Pakatan Rakyat serius dalam usaha merampas kunci tembok Nusajaya sekaligus menjadi tiket utama ke Putrajaya. Harapan rakyat hanyalah satu, BN mesti di tumbangkan pada pilihanraya umum ke-13, Allahuakbar...


Telah dibuka 1108 kali



UMNO Kalah, DAP Hapus Kuasa Melayu?
Mula dipamer pada 28 Februari 2013

Benarkah sekiranya United Malays National Organization kalah pada piliharaya umum 13 yang akan datang, boleh menyebabkan kuasa orang melayu hilang? Atau pun hak-hak keistimewaan orang melayu akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat? Pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia diluar sana terutamanya pengundi atas pagar, rakyat yang tidak ada parti bahkan mungkin juga ada ahli-ahli United Malays National Organization masih tertanya-tanya dan keliru mengenai persoalan ini.


Telah dibuka 1855 kali




Mula dipamer pada


Telah dibuka kali



Perginya Seorang Pejuang, Al-Fatihah ...
Mula dipamer pada 21 Januari 2013

Al-Fatihah buat Pak Habib Jaafar, Veteran PAS Johor Bahru yang juga Noja Surau Batu Satu Jln Wong Ah Fook JB yang berumur 72 tahun. Beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya semasa pulang dari Kuliah Ust Azhar Idrus di Bandar Uda Utama, kami semua sangat terasa kehilangan Pak Habib...



Semangat perjuangan Pak Habib tetap kami kenang, semoga Allah tempatkan roh Pak Habib bersama Para Nabi dan Syuhada... Allahuakbar...


Telah dibuka 1400 kali



Listen - Orang Lain Tak Boleh, Eh Bila Dia Boleh Pulak?
Mula dipamer pada 21 Januari 2013

Kami tertarik dengan video yang tersebar di youtube bertajuk "Fathul bari cakap tak serupa bikin". Seperti yang kita tahu, Ustaz UMNO yang seorang ini baru sahaja berkahwin satu lagi dengan gadis dari Filipina. Tapi itu bukanlah isunya, kami tidak mempertikaikan isu perkahwinan tersebut kerana sebagai seorang lelaki Muslim sememangnya dibenarkan untuk berpoligami


Telah dibuka 1319 kali



Muka Surat  1   2   3   4   5   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.