Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi Akan Bangkit
Mula dipamer pada 16 Ogos 2010

Banjir besar yang melanda Kampung Tok Siak & Kampung Setanggi baru-baru ini telah membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk kampung diatas sikap pemaju Tebrau Teguh yang menjadi pemaju membangunkan penempatan semula setinggan yang diberi nama Perumahan Melayu Iskandar yang kalau hendak dikirakan sudah 8 kali berlaku banjir sejak Februari 2010.

Kesabaran penduduk ada batasnya, di mana lagi penduduk kampung hendak mengadu melainkan kepada Allah Rabbul Jalil. Bila dibangkit isu banjir dan pampasan ganti rugi pemimpin Umno sibuk bercakap soal pindah walhal penduduk kampung tersebut mempunyai geran dengan sejarah kampung telah dicoret sejak 47 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1963.

Baru-baru ini 200 orang penduduk kampung hadir dalam satu sidang media besar-besaran dan dalam masa yang sama mengutip tandatangan kira-kira 300 orang penduduk yang kesal dengan tindakan pemaju Tebrau Teguh dan UPEN Johor yang masih tidak mendengar rintihan penduduk.

Tidak keterlaluan jika ada suara penduduk yang menyuruh kerajaan tembak sahaja mereka satu persatu kalau beginilah sikap pemaju yang dilantik kerajaan Johor yang masih enggan berbincang dan bersua-muka dengan penduduk kampung.

Ramai berkira sekiranya anak Sungai Tampoi yang melalui kampung tersebut tidak dibuka semula untuk lepas ke laut, akan ada lagi bencana banjir yang menimpa penduduk. Malang sungguh nasib penduduk yang telahpun sekian lama memberi undi kepada BN akhirnya undi dibalas dengan banjir.

  


Telah dibuka 729 kali



Pendaftaran PASTI 2011 di Parlimen Johor Bahru
Mula dipamer pada 10 Ogos 2010


Telah dibuka 680 kali



Punca Banjir Lapan Kali Banjir di Kg Setanggi & Kg Tok Siak
Mula dipamer pada 5 Ogos 2010

Siapa yang tidak marah, kalau dalam masa tidak sampai setahun sejak Februari 2010 sudah 8 kali Kampung Setanggi & Kampung Tok Siak banjir.

Banjir tersebut pastinya mendatangkan kerugian yang cukup banyak kepada penduduk atau diistilahkan sebagai trauma. Pantang hujan adalah sahajalah andaian dan persepsi akan timbul.

Kadak & Kadar pastinya datang dari Allah Tuhan Sekian Alam. Bukankah asbab dan kejadian yang berlaku itu ada hikmah disebalik musibah bagi makhlukNya yang mengambil peringatan dan pengajaran.

Tangan-tangan rakus manusia hasil aparat-aparat jahil dan korup menjadikan rakyat sebagai mangsa, sedar tidak sedar di sana ada ahli keluarga kita yang mesti diselamatkan. Bukan sahaja banjir kerana air bah tetapi paling malang kalau ianya bah maksiat.

Kita tinggalkan persoalan tersebut buat manusia yang mahu berfikir. Kejadian banjir ini menyebabkan penduduk kampung lebih kurang 300 orang atau kurang lebih 100 keluarga cukup bimbang bilamana hujan turun dengan lebat pada waktu malam.

Kampung ini dibuka selepas lima tahun negara ini merdeka iaitu tahun 1963 dan masih ada lagi warga penduduk awal yang membuka kampung tersebut masih hidup biarpun keadaan uzur seperti imam kampung tersebut yang sudah buta. 

Hasil tinjauan kami baru-baru ini bersama penduduk satu rumusan telahpun dibuat. Punca banjir tersebut adalah disebabkan anak Sg Tampoi yang melalui kampung tersebut telah dikecilkan dan diempang menjadi kolam disempadan Kg Setanggi dan Kg Hajah Hasnah Ahmad yang menyebabkan air tidak mengalir semulajadi terus kelaut.

Sesetengah kawasan yang yang rendah ada yang mencecah paras dada sehingga banjir dan majoritinya paras pinggang. Dikampung tersebut terdapat orang-orang tua dan kurang upaya yang dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan duduk atau berdiri tidak tahu hendak kemana.

Banjir tersebut cukup cepat naik dan surut paling lama mengambil masa empat jam dan peruntukkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat dihulurkan kerana JKM mensyaratkan mestilah banjir tersebut melebihi enam jam. 

Anak Sg Tampoi tersebut dikecilkan oleh pemaju Tebrau Teguh Berhad yang sedang rancak membina tapak dan struktur rumah-rumah flat untuk penempatan semula setinggan yang diberi nama Perumahan Melayu Iskandar.

Penduduk sepertinya tidak mampu untuk mengemas rumah kerana lapan kali banjir yang melanda kampung membuatkan penduduk kini semakin hilang sabar dan menuntut pemaju Tebrau Teguh Bhd dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor turun padang membayar gantirugi diatas kerugian yang ditanggung selama 8 kali banjir.

Disebelah kanan anak Sg Tampoi.
 
Klik untuk lihat gambar-gambar lain sebagai bukti:-


Telah dibuka 972 kali



Dialog Pakatan Rakyat Ke Arah Kerajaan Baru
Mula dipamer pada 5 Ogos 2010

Moderator :- Tuan Hj Dzulkely Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor)


Telah dibuka 0 kali



Konvoi Amal ke Perkampungan Orang Asli Tanah Gembur, Ledang
Mula dipamer pada 3 Ogos 2010

Lebih 50 anggota Jabatan Amal Johor yang mewakili kawasan-kawasan dalam Parlimen Johor pada Sabtu 31 Julai yang lalu telahpun berjaya dalam misi konvoi amal ke perkampungan Orang Asli Tanah Gembur yang berada di Parlimen Ledang yang bersempadan dengan negeri Melaka. 

Jabatan Amal Johor yang diketuai sendiri oleh Pengarah Khalim Sakib dengan motto 'Duta Penyelamat & Kasih Sayang' bersama-sama anggota yang lain telahpun berkumpul di Masjid Tangkak sebagai check point pertama dengan mengumpulkan barang-barang keperluan harian untuk dihantar ke perkampungan tersebut.

Bertolak selepas solat zohor berjemaah dan perjalanan kesana mengambil masa kira-kira 45 minit. Sampai disana tanpa bertangguh lagi Jabatan Amal terus memunggah barang-barang yang dibawa sebanyak 60 pek.

Selesai bergotong-royong bersama konvoi anggota amal disambut dengan tarian tradisi dan pertandingan menyumpit. Semua anggota amal dan orang asli berkumpul di dewan yang juga berfungsi sebagai gereja untuk majlis pengagihan bungkusan bantuan.

Pengalaman yang cukup berharga buat Unit Amal Johor Bahru ini disertai oleh 3 orang setiausaha iaitu S/U PASTI, S/U Dewan Pemuda & S/U Pusat Aduan Rakyat Tg Puteri.

Betapa disana masih ramai yang memerlukan bantuan & kasih sayang...

Penyumpit dari Kg Kurnia
 
Klik untuk melihat gambar2 lain...


Telah dibuka 1262 kali



Jawatan Kosong - Guru PASTI
Mula dipamer pada 3 Ogos 2010

PASTI Johor Bahru menawarkan beberapa jawatan kosong sebagai guru PASTI di Kg Melayu(akan dibuka), Kg Kurnia(akan dibuka) dan Bandar Baru Uda. Siapa yang berminat silalah hubungi nombor dibawah:-


Telah dibuka 1715 kali



PASTI Johor Bahru Johan Ihtifal PASTI Negeri Johor
Mula dipamer pada 2 Ogos 2010

Bagaikan keajaiban PASTI Johor Bahru sekali lagi melakar sejarah dalam usianya yang akan masuk ke 21 tahun penubuhannya di negeri Johor dengan dinobatkan sebagai johan keseluruhan Ihtifal PASTI negeri Johor yang telahpun diadakan pada 01 Ogos di SMA Al-Masriyah Simpang Renggam.

Hujan yang turun sejak pagi Ahad menyebabkan ramai yang kurang selesa berbetulan pula kedudukan Al-Masriyah yang jauh dari jalan raya dengan keadaan jalan kebun kelapa sawit yang tidak bertar tidak menjadi alasan untuk program yang dianjurkan oleh PASTI Negeri Johor ini dijalankan dalam suasana yang meriah.

PASTI Johor Bahru diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Ihtifal PASTI Negeri Johor tahun 2010 dengan piala pusingan sesuatu yang ditunggu oleh anak-anak dan guru-guru PASTI sejak sekian lama dengan menjadi Johan dalam acara pertandingan sajak dan bercerita kategori perempuan dan tempat ketiga untuk pertandingan bercerita kategori lelaki.

Dengan kemenangan dua acara tersebut sekaligus melayakkan PASTI Johor Bahru layak secara automatik ke Ihtifal PASTI peringkat kebangsaan yang dikhabarkan akan diadakan samaada di Selangor atau Pulau Pinang.

Selain itu beberapa acara dan kategori juga dipertandingkan antaranya pertandingan nasyid, pidato, azan dan khutbah dan pastinya ianya menguji anak-anak PASTI dalam meneruskan kelansungan gemilang generasi Al-Quran yang berjaya dunia dan akhirat.

Perasmian dan penutup Ihtifal ini telahpun disempurnakan oleh En Faizul Md Salleh selaku Pengarah PASTI Negeri Johor.

Bergambar beramai-ramai diluar Dewan Al-Masriyah sejurus diisytiharkan pemenang Johan keseluruhan Ihtifal PASTI Johor


Telah dibuka 969 kali



3 Keluarga Tuntut Baki Bayaran dari MRCB Projek Lebuhraya EDL
Mula dipamer pada 30 Julai 2010

Pemilik tuntut baki bayaran

 

JOHOR BAHRU - Seramai tiga pemilik kediaman di Kampung Desa Jaya, di sini, menuntut baki bayaran wang sagu hati daripada pemaju projek Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) selepas bersetuju merobohkan rumah masing-masing.

Tuntutan itu dibuat selepas pemilik kediaman terbabit sekadar memperoleh RM3,000 daripada jumlah keseluruhan wang sagu hati iaitu RM18,680 yang diagihkan menerusi pemimpin parti politik peringkat cawangan di kampung berkenaan pada hujung tahun lalu.

Keadaan itu menimbulkan keraguan di kalangan pemilik kediaman terbabit ke mana baki wang sagu hati sebanyak RM15,680 pergi sedangkan pemaju projek sudah memberitahu pengagihan dibuat secara sama rata kepada semua penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setinggan Zon Stulang, Abd Khir Muhamad, berkata, ketiga-tiga pemilik kediaman yang merupakan warga asing dengan taraf pemastautin tetap (PR) itu seakan sudah diperdayakan oleh pemimpin parti politik berkenaan.


Telah dibuka 685 kali



Ceramah Aduan Rakyat Bersama Naib Presiden PAS
Mula dipamer pada 30 Julai 2010


Telah dibuka 0 kali



Mesyuarat Persiapan Untuk Penubuhan Pusat Aduan Rakyat Tg Puteri
Mula dipamer pada 28 Julai 2010

PAS Johor Bahru tidak akan ketinggalan dalam mengemudi sokongan rakyat dalam menawan negeri Johor dan mimpi soleh ke Putrajaya.

Mesyuarat persiapan untuk menubuhkan Pusat Aduan Rakyat Tanjung Puteri yang melibatkan semua dewan-dewan dalam kawasan Johor Bahru telahpun diadakan dan persiapan kearah itu sedang rancak dijalankan.

InsyaAllah jika Allah izinkan Nusajaya & Putrajaya akan ditawan....


Telah dibuka 656 kali



Muka Surat  Sebelum   11   12   13   14   15   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.